Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Wanita ditangkap kerana pecah masuk rumah dan mencuri

May 10, 2016 | 03:13 PM

SEORANG wanita berusia 29 tahun ditangkap pada Isnin (9 Mei) kerana mencuri masuk sebuah rumah di Li Hwan Close, dan mencuri wang tunai serta barang kemas bernilai kira-kira $9,000.

Siasatan polis menunjukkan dia memasuki rumah dekat Lorong Chuan itu melalui pintu tidak dikunci.

Polis menangkap wanita tersebut di Jalan Tanjong di Tanah Merah pada kira-kira 8.30 malam, tiga setengah jam selepas mangsa, seorang lelaki berusia 44 tahun, melaporkan kecurian itu.

Wanita itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu.

Dalam nasihat kepada orang ramai pada Selasa, polis mengingatkan pemilik hartanah supaya mengunci rumah mereka dengan betul.

Berita Popular

Mereka juga digalak memasang penggera, pengesan gerakan dan/atau kamera pengawasan litar tertutup.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map