Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ditangkap tanggalkan baju di kawasan awam selepas perselisihan

Oct 25, 2019 | 03:10 PM



SEORANG wanita berusia 31 tahun ditangkap selepas dia menanggalkan pakaiannya- dan seluar dalam- semasa pergaduhan yang berlaku di Middle Road semalam. 



Dalam video yang tersebar dalam talian, seorang wanita kelihatan mengejar seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah, sebelum menanggalkan pakaian dan seluar dalamnya sementara memekik dan menuding ke arah lelaki yang beredar itu. 



Seorang lelaki lain yang berpakaian putih memakaikan seluar dalamnya semula sebelum membawanya beredar dari tempat kejadian. 



Pihak polis berkata mereka menerima panggilan pada 2.11 pagi semalam dan wanita tersebut sudah pun ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam. 



Di Singapura, tindakan berbogel di kawasan awam atau tertutup yang terbuka kepada pandangan masyarakat awam merupakan satu kesalahan. 



Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga $2,000 atau dipenjara selama tiga bulan atau kededuanya sekali. 



Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian tersebut. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >