SEORANG wanita yang ditemui dalam keadaan tertiarap di longkang besar di Bukit Panjang telah diselamatkan, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Menurut SCDF, ia menerima panggilan kecemasan sekitar 5.50 petang kelmarin berikutan insiden yang berlaku itu berhampiran Blok 510 di Jelapang Road.
Setibanya di sana, pegawai bomba dari Balai Bomba Bukit Batok menurunkan tangga hingga ke bawah longkang besar tersebut.
Pasukan Kecemasan Perubatan SCDF kemudian mendapati wanita itu mengalami kecederaan di kaki, pinggang dan kakinya.
Pegawai bomba dan pegawai dari Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) itu kemudian mengikat wanita itu ke usungan dan mengangkatnya ke permukaan, kata SCDF.
Wanita itu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam ambulans, kata SCDF di Facebook.
Lebih 10 pegawai terlibat dalam operasi tersebut.