Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ditimpa papan plaster yang jatuh dari bumbung laluan penghubung tertutup Yishun

Mar 03, 2022 | 01:33 AM



SEORANG wanita 52 tahun mengalami kecederaan kepala selepas papan plaster terjatuh daripada sebahagian bumbung laluan penghubung tertutup di Yishun pada tengah hari Selasa (1 Mac).



Penduduk Yishun, Cik Xu Bei Yu, dan anak lelakinya menggunakan laluan penghubung antara Blok 272 dan 275 di Yishun Street 22 apabila sekeping papan plaster menimpanya, lapor akhbar Shin Min Daily News pada Rabu.



Cuaca pada hari itu dilaporkan baik sahaja dan tidak hujan.



Anaknya yang berusia 23 tahun mula terlihat darah mengalir daripada leher ibunya. Beliau menghubungi ambulans yang membawa ibunya ke Hospital Khoo Teck Puat.



Wanita itu dibenarkan pulang pada 11 malam Selasa. Beliau tidak memerlukan jahitan pada kepalanya tetapi mengalami luka pada bahunya, lapor Shin Min.



Wanita itu diminta menjaga kesihatannya sehingga seminggu bagi memastikan beliau tidak mabuk atau muntah dan jika ini berlaku, beliau perlu datang semula ke hospital bagi bantuan perubatan lanjutan.



Cik Xu, seorang pemandu logistik, berkata beliau sering menggunakan laluan penghubung tertutup itu untuk ke kedai berdekatan. Menurutnya, kanak-kanak juga menggunakan laluan tertutup itu untuk ke sekolah setiap hari.



Laluan pejalan kaki setinggi tiga tingkat itu merentasi sebuah tempat meletak kereta bagi memberi perlindungan buat dua blok dan terletak berhampiran Sekolah Chongfu.



Apabila The Straits Times mengunjungi tempat kejadian pada tengah hari Rabu, sebahagian ruang terbiar kosong. Itulah ruang di mana papan itu sepatutnya berada. Ia belum disambung semula.



Dua bahagian besar papan gipsum kelihatan berhampiran.



Retak sepanjang papan plaster pada bumbung itu kelihatan dari bawah.



Sebagai menjawab soalan The Straits Times, seorang jurucakap Majlis Bandaran Nee Soon berkata kontraktor binaan telah diperolehi untuk menjalankan pemeriksaan dan kerja pengesahan kejadian.



Jawatankuasa itu menambah pegawai hartanah telah berkunjung ke tempat itu sejurus majlis bandaran menerima panggilan bagi bantuan.



Majlis bandaran juga telah mengerahkan duta estet untuk ke blok tersebut bagi membantu menjalankan pemeriksaan dan memastikan keselamatan penduduk.



Difahamkan anggota majlis bandaran telah mengunjungi wanita itu pada tengah hari Rabu sedang beliau beransur pulih di rumah.



"Majliis Bandaran Nee Soon komited terhadap keselamatan penduduk kami dan kami akan mempertingkat proses kami secara lanjutan.



"Kami sekali lagi meminta maaf seikhlasnya kepada penduduk itu dan keluarganya di atas kejadian yang berlaku. Kami akan memberi sokongan yang diperlukan serta mengucapkan agar penduduk itu cepat sembuh," jelas jurucakap majlis bandaran itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >