Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dituduh campur darah haid, air kencing dalam makanan warga Sengkang

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan untuk penduduk sebuah flat di Sengkang.



Canares Rowena Ola, yang berasal dari Filipina, menghadapi satu tuduhan salah laku, yang membawa hukuman penjara hingga satu tahun dan denda.



Wanita berusia 43 tahun itu dijangka mengaku bersalah semalam tetapi memutuskan untuk mempertikai tuduhan itu di sebuah mahkamah daerah.



Timbalan Pendakwa Raya Keith Jieren Thirumaran memberitahu Hakim Daerah Marvin Bay bahawa Ola sebelum itu mengaku bersalah dalam beberapa kenyataan kepada pihak berkuasa.



Maklumat mengenai pekerjaan Ola dan hubungannya dengan individu yang didakwa mangsa tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Tidak disebutkan juga sebab wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Disember 2018.



Mahkamah mendengar bahawa makanan yang dicemari itu telah dimakan dan tiada ujian DNA yang dilakukan ke atasnya.



Ola diwakili oleh peguam bela Kalaithasan Karuppaya, dan sidang praperbicaraannya akan diadakan pada 25 Januari tahun depan.



Dalam satu kes yang tidak berkaitan, seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu pada Januari lalu bagi kesalahan termasuk mencampurkan air kencing, air ludah dan darah haidnya ke dalam air dan beras.



Diana, 30 tahun, yang hanya menggunakan satu nama, digajikan sebuah keluarga di Punggol pada tahun 2017 untuk bekerja sebagai pembantu rumah.



Semasa di flat mereka pada Ogos tahun lalu, dia mencampurkan cairan dari tubuhnya itu dalam beras dan air minuman mereka.



Diana percaya bahawa dengan meminum air itu, mereka akan bersetuju dengan apa sahaja yang dilakukannya dan tidak akan memarahinya.



Mangsa dilaporkan telah memakan barangan yang tercemar itu.



Dia juga mencuri lebih $13,000 daripada ibu majikannya dalam lima kejadian berbeza antara Ogos 2017 dan Jun 2018.



Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan satu tuduhan mencuri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >