Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dituduh gagal ambil langkah lindungi anak perempuan daripada didera secara seksual oleh anak lelaki

Oct 25, 2021 | 11:11 PM



SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah daerah pada Isnin (25 Oktober) kerana dituduh gagal mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi anak perempuannya daripada didera secara seksual oleh anak lelakinya.



Wanita Singapura yang kini berusia 43 tahun itu dan semua pihak lain yang terbabit dengan kes ini tidak boleh dinamakan kerana perintah mahkamah bagi melindungi anak perempuannya.



Dia kini berdepan dengan dua tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia serta tiga tuduhan sengaja mengecualikan diri daripada memberi keterangan tentang kesalahan seksual terhadap budak perempuan itu.



Pada Januari tahun lalu, lelaki yang ketika itu berusia 22 tahun dan dikenal pasti sebagai pedofil dihukum penjara 11½ tahun dan dirotan tujuh kali selepas mengaku bersalah di atas satu kesalahan mencabul kehormatan dan satu lagi kesalahan merogol secara berkanun.



Tujuh kesalahan seksual lain dipertimbangkan.



Ketika lelaki itu berusia 13 tahun, dia mula mendera secara seksual adik perempuannya yang ketika itu berusia lima tahun apabila dia terasa ingin melakukan apa yang ditontonnya dalam animasi pornografi dalam talian.



Dia berusia 20 tahun apabila mengadakan hubungan seks dengan adiknya yang ketika itu berusia 12 tahun. Ibu dan adik lelakinya tidur di bilik yang sama.



Mahkamah diberitahu pada Isnin bahawa pada 2010 dan 2017, ibu ini dikatakan mengecualikan sebarang keterangan tentang kesalahan seksual yang dilakukan ke atas anak perempuannya itu.



Dua kesalahan melibatkan rogol manakala kesalahan ketiga merupakan cabul kehormatan.



Antara Jun dengan September 2017, ibu ini dikatakan secara terang-terangan membenarkan anak lelakinya mendera anak perempuannya.



Wanita ini dikatakan tahu seawal 2010 bahawa anak lelakinya mendera secara seksual adiknya dan budak itu berisiko berdepan dengan tindakan dera lanjutan.



Ibu ini dituduh gagal mengambil langkah melindungi anak perempuannya daripada risiko berkenaan.



Kesnya akan dibicarakan lagi pada 15 November.



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia, seorang pesalah boleh dipenjara hingga empat tahun dan didenda hingga $4,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >