Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dituduh hina hakim hadapi 3 tuduhan tambahan

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang didakwa mengeluarkan kata-kata hina terhadap seorang hakim daerah telah dikenakan tiga tuduhan tambahan semalam.



Lee Hui Yin, 52 tahun, yang juga dikenali sebagai Tarchandi Tan, mempunyai tiga tuduhan kerana gagal hadir sesi yang diarahkan mahkamah, daripada seorang penjawat awam.



Warga Singapura itu kini menghadapi tujuh tuduhan kesemuanya, dua daripadanya melibatkan penggunaan kekerasan jenayah ke atas seorang penjawat awam dan satu tuduhan setiap satu di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha) dan Akta Kesalahan-kesalahan Lain.



Tuduhan baru Lee membabitkan ketidakhadiran dia di Mahkamah Negara bagi perbicaraan pada 15 September dan gagal hadir di ibu pejabat Divisyen Polis Central untuk siasatan pada 10 dan 31 Ogos, walaupun dia terikat di sisi undang-undang untuk berbuat demikian.



Pada 10 November lalu, dia dikatakan meludah ke muka dua pegawai polis ketika berada dalam kenderaan polis dalam perjalanan di Keppel Road pada sekitar 1.20 petang.



Keesokan harinya, dia didakwa di mahkamah bagi kesalahan mengganggu dan berkelakuan tidak senonoh semasa perbicaraan kes Benjamin Glynn pada 18 Ogos 2021.



Dalam satu kenyataan awal, polis berkata Lee sedang duduk di galeri awam Mahkamah Negara apabila dia disuruh keluar dari bilik mahkamah untuk membetulkan pelitup mukanya yang senget.



Dia kemudian didakwa mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Hakim Daerah Eddy Tham dengan menyatakan, "ini adalah mahkamah kangaru yang tidak masuk akal", "jika mahkamah kangaru memerlukan saya memakai pelitup", dan "saya tidak menghormati hakim".



'Mahkamah kangaru' adalah istilah yang mencerminkan mahkamah tidak rasmi bagi mendakwa seseorang tanpa bukti yang baik.



Lee, yang berada dalam tahanan reman, memberitahu mahkamah semalam bahawa teman lelakinya hadir untuk membayar ikat jaminnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >