SEORANG lelaki 34 tahun diberkas semalam selepas didakwa menggunakan pisau untuk merompak seorang wanita.
Seorang lagi lelaki berusia 36 tahun turut diberkas kerana menerima barang curian berkaitan kes tersebut.
Pihak polis berkata bahawa mereka telah menerima laporan daripada wanita tersebut kelmarin sekitar 9.35 malam, di mana wanita tersebut memberitahu bahawa seorang lelaki bersenjatakan pisau telah merompaknya sekitar Corporation Road.
Lelaki tersebut didakwa merampas dua telefon bimbitnya sebelum melarikan diri.
Lelaki 34 tahun itu dijadualkan didakwa di mahkamah esok (Isnin) dengan tuduhan merompak dengan senjata yang menyebabkan kecederaan.
Siasatan terhadap lelaki berusia 36 tahun itu masih dijalankan.