Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita gelapkan $1.5j wang majikan dengan palsukan cek

Aug 30, 2016 | 09:29 AM



SEORANG pentadbir pejabat yang diamanahkan dengan buku cek syarikatnya, menggelapkan lebih $1.5 juta dalam tempoh enam tahun, Mahkamah Daerah diberitahu.



Siti Fatimah Hassan, 46 tahun, menggunakan wang itu untuk perbelanjaan peribadi, seperti hartanah di Malaysia, sebuah kereta BMW dan percutian.



Pada Isnin (29 Ogos), dia dijatuhi hukuman penjara tujuh setengah tahun selepas mengaku bersalah bagi 49 daripada 226 tuduhan - 46 pertuduhan pemalsuan, satu pemalsuan akaun, dan dua tuduhan memindahkan manfaat kelakuan jenayah.



Baki tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Siti Fatimah digajikan Alcan Singapura pada Jun 2008 dengan gaji bulanan kira-kira $3,500. Pada Februari 2010, firma itu dibeli oleh Amcor, yang kemudian menjadi majikannya.



Alcan membuat, mengeksport dan membekalkan aloi, manakala Amcor syarikat pembungkusan global.



Antara tugas Siti Fatimah ialah mengendalikan pentadbiran sumber manusia dan akaun. Dia juga bertanggungjawab bagi menghubungi vendor dan pembekal, dan mengatur pembayaran mereka.



Hanya tiga bulan selepas bekerja, dia mula mengeluarkan cek kepada dirinya sendiri dengan memalsukan tandatangan salah satu daripada dua penandatangan yang diberi kuasa.



Dia terus berbuat demikian hingga Oktober 2014, secara beransur-ansur meningkatkan jumlah wang yang dicuri. Pada 2008, dia menggelapkan $35,715, tetapi pada 2014, $761,820.



Untuk menutup jejaknya, Siti Fatimah merekodkan jumlah yang diambilnya dalam akaun syarikat sebagai bayaran perjalanan atau barangan lain yang kononnya dilakukan oleh pelbagai eksekutif kanan.



Dia memasukkan nombor invois palsu vendor atau pembekal ke dalam sistem perakaunan syarikat itu, dengan menghasilkan baucar pembayaran palsu.



Wang daripada cek yang dipalsukannya dimasukkan ke dalam akaun simpanan DBS sebelum dipincahkan ke tempat lain.



Pada Januari 2013, misalnya, dia membuat pemindahan telegraf sebanyak $3,000 ke akaun Hong Leong Bank di Malaysia. Pada Oktober 2014, dia memindahkan $172,200 ke dalam sebuah akaun deposit tetap DBS.



Siti Fatimah telah membayar balik $36,625 kepada majikannya. Wang dalam akaun simpanan dan akaun deposit tetapnya - masing-masing berjumlah $30,791 dan $465,012 ) dirampas polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >