Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Wanita guna seterika panas dera pembantu rumah akan didakwa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita guna seterika panas dera pembantu rumah akan didakwa

Apr 28, 2021 | 05:30 AM

SEORANG wanita berusia 42 tahun akan didakwa di mahkamah hari ini kerana mendera bekas pembantu rumah dari Indonesia yang digajikannya.

Dia dituduh menekan seterika panas ke lengan kanan pembantu rumah itu berulang kali, selain menumbuk matanya dengan tangan dan penyangkut baju.

Penderaan itu disyaki berlaku antara Februari dengan Oktober tahun lalu, kata pihak polis dalam satu kenyataannya semalam.

Ia dilaporkan pada 30 Oktober tahun lalu, tambah polis tanpa memberitahu sumber laporan tersebut.

Pada ketika itu, pembantu rumah tersebut telah pulang ke Indonesia, tetapi kembali ke Singapura untuk membantu dalam siasatan.

Bekas majikannya itu akan menghadapi satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan teruk dengan perbuatan merbahaya, serta dua lagi tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.

Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan teruk, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan perbuatan merbahaya, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda atau disebat.

Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan pula, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000.

Oleh kerana kesalahan ini melibatkan pembantu rumah migran, setiap tuduhan diiringi hukuman lebih berat iaitu seganda hukuman maksimum.

Namun, wanita tidak boleh dihukum sebat.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang membuat salah dan kami akan memastikan mereka ditangani dengan tegas," kata polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3