Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hamil kakukan diri 5 hari bagi elak bersalin sebelum dasar dua anak China bermula

Jan 07, 2016 | 02:56 PM



WANITA biasanya tidak sabar melahirkan kerana hendak cepat mendukung bayi mereka atau hendak sakit bersalin cepat berakhir.


Tidak demikian dengan sebahagian wanita di China menjelang Tahun Baru 2016.


Mereka melakukan pelbagai perkara agar lambat bersalin - bagi mengelakkan denda 500,000 yuan ($110,200) di bawah dasar satu anak China, yang diubah kepada dua anak mulai 2016.


Seorang wanita sarat hamil di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang, China, sengaja tidak bergerak selama lima hari untuk melambatkan bersalin.


Media tempatan melaporkan bahawa wanita itu, nama keluarganya Xu, dijangka bersalin pada 26 Disember tahun lalu.


Namun memandangkan dasar satu anak negara itu masih berkuat kuasa, beliau melakukan itu agar bersalin pada 2016.


Akhirnya beliau melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 Januari.


Di wilayah Fujian, keluarga seorang wanita, yang mengalami kekejangan bersalin sejak 27 Disember, memantau beliau sepanjang masa untuk menghalang bayinya muncul "lebih awal dari masanya".


Beliau akhirnya melahirkan pada 1 Jan, dengan keluarganya menyambut dengan memberi bayi perempuan itu nama samaran 'Bawan Kecil'.


'Bawan' ertinya 80,000 dalam bahasa Cina, jumlah denda yang harus mereka bayar jika bayi tersebut dilahirkan pada 2015.


Dasar baru dua anak China - selepas berdekad menyekat pasangan daripada mempunyai lebih seorang anak - dijangka membawa kepada ledakan bayi.


Tetapi ia juga mencetus kontroversi.


Menurut BBC, kakitangan wanita di sebuah syarikat di ibu wilayah Jilin Changchun dipaksa "memohon" untuk mempunyai anak setahun lebih awal.


Pengurus berkata mereka berharap ini akan mengelakkan syarikat itu daripada kekurangan pekerja memandangkan ramai pekerja wanita berkata mereka tidak sabar hendak memanfaatkan dasar baru itu dan mempunyai anak kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >