Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita hamil tujuh bulan panjat keluar tingkap, turun bangunan selepas CNB ketuk pintu

Jul 20, 2022 | 05:14 PM

 

SEORANG wanita hamil tujuh bulan sanggup memanjat keluar daripada tingkap sebuah flat di tingkat 11 apabila para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) mengetuk pintu rumahnya dalam satu operasi terkini.

CNB, dalam satu catatannya hari ini (20 Julai), berkata wanita itu kemudian dilihat turun ke tingkat lapan berdekatan belebas penghawa dingin.

Menceritakan insiden itu, CNB berkata:

“Seorang pegawai dengan segera bergegas ke kawasan tangga berdekatan dengan lokasi subjek dan menenangkannya agar beliau tidak membahayakan dirinya sendiri.”

Dia kemudian diselamatkan para pegawai daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan meskipun tidak alami kecederaan, telah dimasukkan ke wad hospital untuk dipantau atas sebab kehamilannya.

Selepas keselamatannya terjamin, para pegawai berjaya masuk ke unitnya itu dan mendapati dia bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, berserta peralatan berkaitan dadah.

Pengurusan bagi kebajikan budak lelaki itu telah dibuat, dan dia kemudian diletakkan di bawah jagaan saudaranya.

Menurut CNB:

“Ia satu pemandangan yang menyedihkan buat semua yang terlibat – penyalahguna yang disyaki, kanak-kanak itu, dan para pegawai, semua melainkan si pengedar yang telah meraih keuntungan daripada ketagihan wanita itu.”

Bulan lalu, CNB mengepos tentang satu lagi insiden, di mana seorang bayi sembilan bulan ditemui dalam satu operasi anti-dadah dekat dengan ibunya yang merupakan penyalah guna dadah jenis methamphetamine.

Seorang budak lelaki berusia enam bulan juga ditemui dalam sebuah unit di Geylang semasa satu serbuan dadah di Geylang pada Julai tahun lalu.

Dalam satu operasi serata pulau di kawasan seperti Geylang semasa serbuan dadah pada Julai tahun lalu seorang budak lelaki berusia enam bulan turut ditemui dalam sebuah unit.

Dalam satu operasi serata pulau termasuk Ang Mo Kio, Geylang, Punggol, Simei dan Yishun pada bulan yang sama, para pegawai CNB memberkas 104 pesalah dadah yang disyaki dan merampas dadah yang dianggar bernilai lebih daripada $198,000.

Tiga kanak-kanak turut ditemui semasa operasi itu dekat dengan tempat di mana penagihan dadah atau kegiatan haram yang disyaki telah berlaku. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3