Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hamil turun dari tingkap tingkat 11 apabila pegawai CNB datang

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita hamil tujuh bulan memanjat keluar dari tingkap sebuah flat di tingkat 11 apabila pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) mengetuk pintu rumahnya dalam satu operasi.



Dalam satu pos semalam, CNB berkata wanita itu kemudian dilihat turun ke tingkat lapan berdekatan belebas penghawa dingin.



"Seorang pegawai bergegas ke kawasan tangga berdekatan lokasi subjek dan menenangkannya agar beliau tidak membahayakan dirinya sendiri," ujar CNB.



Wanita itu kemudian diselamatkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan, walaupun tidak mengalami kecederaan, dimasukkan ke hospital bagi pemantauan.



Selepas keselamatannya terjamin, pegawai CNB memasuki flatnya dan mendapati anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sendirian, berserta peralatan berkaitan dadah.



Pengurusan bagi kebajikan budak lelaki itu telah dibuat, dan dia kemudian diletak di bawah jagaan keluarga terdekat.



CNB berkata: "Ia satu pemandangan menyedihkan bagi semua yang terlibat - suspek penyalah guna dadah, kanak-kanak itu, dan pegawai, semua melainkan pengedar yang meraih keuntungan daripada ketagihan wanita itu."



Bulan lalu, CNB memuat naik pos tentang satu lagi insiden, dengan seorang bayi sembilan bulan ditemui dalam satu operasi antidadah dekat dengan ibunya yang menyalah guna dadah methamphetamine.



Seorang budak lelaki berusia enam bulan juga ditemui dalam sebuah unit di Geylang semasa satu serbuan dadah di Geylang Julai tahun lalu.



Dalam operasi serata negara, termasuk di Ang Mo Kio, Geylang, Punggol, Simei dan Yishun, pada bulan itu, pegawai CNB memberkas 104 suspek pesalah dadah dan merampas dadah yang dianggar bernilai lebih $198,000.



Ketika itu, tiga kanak-kanak turut ditemui dekat dengan tempat penagihan dadah atau kegiatan haram yang disyaki telah berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >