Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hina penumpang MRT dengan komen perkauman hadapi 3 tuduhan, direman di IMH untuk penilaian

Jun 18, 2021 | 09:47 PM




SEORANG wanita berusia 57 tahun telah didakwa atas dua kesalahan melakukan tindakan yang menjejas keharmonian kaum di sini dan kesalahan mengganggu orang ramai.





Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (18 Jun) malam, polis berkata pihaknya diberitahu tentang satu kiriman dalam talian di mana seorang wanita didakwa membuat kenyataan menghina pada 21 April 2021 terhadap sekumpulan penumpang MRT berdasarkan tanggapan bahawa mereka merupakan orang Melayu.





Dalam satu lagi video berasingan bertarikh 11 Mei 2021, wanita itu dilihat berbual dengan kuat dalam kereta api sambil berkata dia tidak bersifat perkauman.





Dia juga membuat pernyataan yang menyentuh kejadian yang digambarkan dalam kiriman dalam talian sebelum itu.





Polis berkata pegawai dari Divisyen Polis Jurong telah mengenal pasti identiti wanita tersebut pada 23 April lalu dan dia sedang membantu dalam siasatan.





Siasatan awal mendapati wanita tersebut didakwa telah berkongsi beberapa video yang mengandungi tuduhan berbaur perkauman atau dakwaan diganggu individu-individu daripada kaum lain di akaun media sosialnya sejak 2016.





Kenyataan polis tidak menamakan wanita itu tetapi difahamkan wanita yang dimaksudkan ialah pengguna YouTube bernama Beow Tan.





Awal hari ini, The Straits Times melaporkan bahawa Tan Beow Hiong, telah didakwa di mahkamah atas dua kesalahan melakukan tindakan yang menjejas keharmonian kaum di sini dan satu kesalahan mengganggu orang ramai.





Tan akan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pengawasan psikiatri dan kesnya ditangguh ke 2 Julai.





Jika disabit kesalahan melakukan tindakan yang memudaratkan pemeliharaan keharmonian antara pelbagai kumpulan kaum, pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.





Jika disabit kesalahan mengganggu orang awam, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan didenda sehingga $2,000.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >