Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Indonesia ditemui mati di hotel Geylang, suspek diberkas

Dec 31, 2018 | 03:42 PM



SEORANG wanita berusia 34 tahun ditemui mati di Hotel Golden Dragon di Geylang malam tadi (30 Dis).



Polis, yang diberitahu tentang kes itu pada 10.45 malam, berkata wanita tersebut ditemui terbaring kaku dalam sebuah bilik hotel di 61 Westerhout Road.



Beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Menurut laporan The Straits Times, terdapat tanda di leher dan lebam di lengan wanita itu.



Polis mengenal pasti seorang lelaki berusia 29 tahun sebagai suspek.



Dia diberkas dalam masa 14 jam selepas laporan polis dibuat. 



Lelaki itu akan didakwa atas kesalahan membunuh.



Dipercayai wanita itu adalah pemegang permit kerja warga Indonesia manakala lelaki itu adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh.



Mereka mengenali satu sama lain, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >