Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita kes tipu barang mewah di S'pura pernah disiasat polis Thai bagi kes serupa

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang terlibat dalam penipuan membabitkan barang mewah sekitar $32 juta di Singapura difahamkan disiasat polis di Thailand pada 2019.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa wanita warga Thailand bernama Cik Pansuk Siriwipa, 27 tahun, itu membantu mengendalikan perniagaan produk kosmetik dan barang mewah di Instagram.



Pelanggannya membuat pratempahan bagi barang-barang itu. Perniagaan itu runtuh apabila pelanggan tidak menerima pesanan yang telah mereka bayar.



Mangsa di Singapura yang kehilangan wang mereka setelah Pansuk dan suaminya, Pi Jiapeng, seorang warga Singapura berusia 26 tahun, gagal mengirimkan barang mewah itu, berkata mereka dihubungi mangsa penipuan serupa di Thailand.



Seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Cheryl (bukan nama sebenar) berkata beliau dihubungi seorang mangsa warga Thailand, seorang wanita berusia 30-an tahun kelmarin.



Cheryl membayar $23,500 bagi jam Rolex untuk anggota keluarganya dan membuat laporan polis di sini apabila tidak menerima jam itu.



Wanita Thailand itu pula mendakwa beliau kehilangan lebih 680,000 baht ($25,700) setelah menempah beberapa beg tangan Chanel daripada Pansuk pada 2019 menerusi akaun Instagram yang menjual beg jenama Celine dan Gucci serta jam tangan Patek Philippe dan Rolex.



Mangsa Thai itu, seorang pengurus spa, enggan namanya didedahkan. Beliau, yang dihubungi ST menerusi Cheryl, berkata Pansuk adalah seorang peniaga utama yang dibantu empat orang lain.



Menurutnya, beberapa beg yang ditempah diterima dan datang tepat pada masanya dalam keadaan baik. Namun, apabila beliau mula menempah lebih banyak barang, tempahannya tidak sampai. Beliau membuat laporan polis sekitar pertengahan 2019.



"Yang berlaku pada kami nampaknya sama dengan yang dialami mangsa Singapura. Kami menerima beberapa produk, menempah lebih banyak lagi dan demikian keadaannya," katanya.



Kawannya juga membuat laporan polis setelah membayar 100,000 baht bagi beg mewah yang tidak dikirimkan. Seorang lagi mangsa dari Thailand, Choi (bukan nama sebenar), mendakwa kehilangan lima juta baht setelah menempah beg Hermes, Dior dan Chanel.



Pi ditangkap pada 27 Jun di Singapura dan dibebaskan dengan ikat jamin esoknya. Pansuk tidak ditangkap tetapi membantu polis Singapura dalam siasatan mereka.



Pihak berkuasa di sini menyatakan pasangan itu meninggalkan Singapura pada 4 Julai dengan menyembunyikan diri dalam kontena sebuah lori.



Lelaki Malaysia berusia 40 tahun yang membantu mereka meninggalkan Singapura didakwa pada 15 Julai dengan pertuduhan bersekongkol untuk menolong individu lain meninggalkan negara ini secara haram.



Pi dan Pansuk kini dicari pihak berkuasa Singapura dan notis merah Interpol telah dikeluarkan ke atas mereka.



Polis juga sedang menyiasat dakwaan penipuan melibatkan dua syarikat yang berkaitan dengan mereka, Tradenation dan Tradeluxury.



Sekurang-kurangnya 180 laporan polis telah dibuat di Singapura sejak Jun mengenai pasangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >