Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ketagih kodeina dihukum wajib jalani rawatan IMH

Jan 13, 2017 | 03:16 PM



SEORANG suri rumah yang ketagih kodeina, yang membohongi 18 doktor agar memberinya ubat batuk mengandungi dadah itu, dihukum menjalani perintah rawatan mandatori (MTO) selama setahun, pada Jumaat (13 Jan).

MTO ialah bagi pesalah yang mengalami masalah psikiatri. Mereka mesti menjalani rawatan psikiatri sebagai ganti hukuman penjara.

Eileen Siak, kini 33 tahun, mengaku bersalah di mahkamah pada 17 Nov lalu terhadap tujuh tuduhan menipu melibatkan $265.

Sebanyak 14 lagi tuduhan menipu melibatkan $260 diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Dia kini wajib mendapatkan rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Bagi memenuhi ketagihannya, Siak menyamar sebagai beberapa wanita antara April 23 2014 dan 4 Mac 2015 untuk menipu doktor.

Siak pernah bekerja bersama sebuah syarikat kesihatan antara 2009 dan 2011.

Sebagai seorang pengurus akaun, dia menerima satu pangkalan data pelanggan mengandungi butir-butir peribadi mereka.

Siak simpan data itu dalam folder e-mel peribadinya dan tidak dalam akaun e-mel syarikat, dan kemudian menggunakan butiran pelanggan itu mendaftar bagi temu janji di poliklinik.

Menyamar sebagai mereka, dia mendapatkan bekalan ubat batuk antara April dan Ogos 2014, dan kali terakhir pada 4 Mac 2015, walaupun dia tidak batuk.

Pada mulanya, dia bayar bagi ubat batuk itu, tetapi kemudian mengambilnya tanpa membayar.

Mahkamah diberitahu dia sering pergi ke Poliklinik National Healthcare Group (NHGP) di Bukit Batok dan Jurong.

Jenayahnya berakhir selepas pengurus kanan NHGP membuat laporan polis pada 16 Mac 2015.

Peguam Siak, Cik Josephus Tan, berkata anak guamnya mengalami ketagihan kodeina sejak Jun 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >