Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Wanita komplot tipu NTU $191,000

Nov 19, 2019 | 02:15 PM

SEORANG wanita berkomplot bersama bekas pengarah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan mempergunakan suaminya untuk menipu universiti itu dengan jumlah sebanyak $191,000.

Bagi kesalahan ini, Louise Pei Hsien, 43 tahun, bekas pengarah di firma IT I-KnowHow dipenjara selama 17 bulan semalam (18 November 2019), menurut The New Paper.

Dia mengaku bersalah atas lima tuduhan menipu, dengan 10 lagi tuduhan yang akan dipertimbangkan.

Mahkamah difamahi bahawa Lai dan seorang lagi tertuduh, Cheng Choong Hung, juga dikenali sebagai Viktor, merupakan rakan kerja. Semasa waktu kesalahan, Cheng merupakan pengarah NTUitive. Dia juga seorang pengarah di Institute for Media Innovation (IMI) dan ketua eksekutif Techbix Xccelerator.

Ketiga-tiga firma itu merupakan anak syarikat NTU.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian