Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita kuasa baru perangi dadah

Siri perbincangan dalam talian bagi wanita diadakan kempen 'Dadah Itu Haram' bagi kongsi maklumat pencegahan, intervensi awal
Oct 29, 2020 | 05:30 AM



MEMPERKASA wanita sangat penting dalam usaha memerangi dadah dalam masyarakat Melayu/Islam setempat.



Memahami bagaimana wanita memainkan pelbagai peranan dalam keluarga, pengasas Liyana Musfirah Network, Ustazah Liyaana Musfirah Anwar, mahu memperkasa, mencetus inspirasi dan memberi sokongan kepada wanita Melayu/Islam yang bersiko terjerumus dalam kancah dadah.



Di samping itu, beliau juga ingin menyediakan wadah sokongan bagi wanita yang terjejas oleh anggota keluarga yang dipenjara atau ditahan kerana kesalahan dadah.



Bekerjasama buat kali pertama dalam kempen 'Dadah Itu Haram' (DIH), Ustazah Liyana berkata beliau ingin mendekati wanita sedemikian menerusi tiga perbincangan dalam talian.



Perbincangan tersebut sebahagian daripada kempen DIH mendekati masyarakat dan mengongsi maklumat mengenai pencegahan dan intervensi awal bagi penggunaan dadah.



"Ramai wanita di keliling kita mungkin kelihatan 'normal' tetapi ada daripada mereka sedang mengalami tekanan atau masalah yang kita tidak nampak.



"Akibat itu mereka mungkin mengambil dadah. Jika bukan itu, mereka mungkin menghadapi tekanan tambahan kerana ahli keluarga atau rakan terdekat mereka mengambil dadah dan sedang ditahan di pusat pemulihan.



"Jadi, kami ingin memainkan peranan memperkasa mereka dengan cara mengatasi masalah ini sebelum terlambat," ujar Ustazah Liyana.



Walaupun bagi sebahagian orang dadah adalah topik tabu, Ustazah Liyana berkata amat penting membicarakan mengenainya secara terbuka.



Siri perbincangan dalam talian itu bertujuan meningkatkan kesedaran wanita mengenai ketagihan dadah dan menguruskan tekanan dalam mengimbangi pelbagai peranan.



Sesi pertama pada Jumaat lalu ialah mengenai cara menguruskan tekanan dan mencapai keseimbangan pekerjaan dan kehidupan.



Turut menyertai sesi perbincangan itu ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan dua tetamu undangan, pakar terapi keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Maimunah Mosli, dan pemilik salun wanita, selebriti Cik Nura J.



Lebih 60 wanita menyertai perbincangan tersebut.



Mengulas inisiatif itu, Dr Faishal berkata wanita memainkan peranan besar dalam memerangi dadah.



"Bagi setiap individu yang terjerumus dalam masalah dadah, ada peranan untuk dimainkan oleh wanita, baik sebagai ibu mahupun anak, saudara, atau isteri dalam memberi sokongan.



"Kami ingin mendekati ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan isteri di luar sana mengenai peranan yang dapat mereka mainkan dalam memerangi dadah.



"Dengan menolong mereka menjadi tonggak lebih kuat bagi keluarga mereka, mereka dapat memberikan sokongan dan penjagaan lebih baik bukan untuk diri mereka sendiri sahaja, bahkan ahli keluarga mereka," ujar beliau.



Ustazah Liyana berkata dua lagi perbincangan dalam talian akan diadakan dengan topik berlainan.



Topik kedua mengenai keibuan, yang akan membincangkan cara bagi ibu menangani anak yang menghadapi pengaruh buruk daripada orang di sekelilingnya.



Topik ketiga membincangkan cara seseorang wanita dapat membantu orang lain di sekeliling mereka mengatasi tabiat buruk.



"Memandangkan keadaan agak berlainan bagi ramai orang, adalah penting untuk mereka memikirkan huraian terbaik buat keadaan mereka.



"Saya berharap melalui perbincangan ini, ramai wanita dapat berkumpul dan menampilkan huraian mereka tersendiri untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi," ujar Ustazah Liyana.




"Bagi setiap individu yang terkena dadah, ada peranan untuk dimainkan oleh wanita, baik sebagai ibu mahupun anak, saudara, atau isteri dalam memberi sokongan. Kami ingin mendekati ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan isteri di luar sana mengenai peranan kuat yang dapat mereka mainkan dalam memerangi dadah. Dengan menolong mere`ka menjadi tonggak lebih kuat bagi keluarga mereka, mereka dapat memberikan sokongan dan penjagaan lebih baik bukan untuk diri mereka sendiri sahaja, bahkan ahli keluarga mereka."
- Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




DADAH ITU HARAM



- Kempen 'Dadah Itu Haram' dilancarkan pada April 2017 sebagai usaha meningkatkan kesedaran antidadah dalam masyarakat Islam dan menggesa masyarakat bersatu menangani masalah itu.



- Usaha ini dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) ketika itu, Encik Amrin Amin, dan sekarang ia diterajui oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



- Kempen antidadah ini dikendali oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >