Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita kuasai Grammy ke-63

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Taylor Swift dan Billie Eilish merangkul anugerah tertinggi Grammy ke-63 semalam, tetapi Beyoncé pemenang terbesar majlis anugerah dikuasai pemenang wanita kali ini.



Acara secara langsung dari Pusat Konvensyen Los Angeles, Amerika Syarikat, itu menyaksikan Eislih, 19 tahun, penyanyi berimej esentrik, menjadi pemenang paling muda anugerah berprestij itu tahun lalu, mengulangi kejayaannya dengan mengekalkan trofi Rekod Terbaik menerusi lagu Everything I Wanted.



Sebelum ini, pada prakemuncak acara yang dirai dalam norma baru itu, Eilish memenangi trofi Lagu Dalam Bentuk Visual Media Terbaik menerusi No Time To Die, yang didendang bagi filem James Bond terbaru.



Taylor Swift menepati ramalan apabila beliau menjulang trofi Album Terbaik menerusi album kelapannya, Folkore. Kemenangan itu menjadikan Swift penyanyi wanita pertama memenangi kategori itu tiga kali.



Swift merangkul trofi sama bagi album keduanya, Fearless, pada 2010, diikuti album kelima, 1989, pada 2016.



Sebelum ini, hanya penyanyi lelaki pernah memenangi hadiah itu tiga kali - Frank Sinatra, Paul Simon dan Stevie Wonder.



Selain Album Terbaik, Swift, yang cukup terkenal menghasilkan lirik berkaitan kisah cintanya, dicalonkan dalam empat lagi kategori - Lagu Terbaik, Persembahan Pop Solo Terbaik, Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik.



Ini kemenangan ke-11nya dalam anugerah Grammy. Beliau membuat kejutan apabila muncul dengan Folklore Julai lalu, diikuti album Evermore Disember lalu. Kedua-dua album dihasilkan semasa kuarantin dilaksana di Amerika.



Swift berkata beliau masih belum berpeluang bertemu rakan duet, Justin Vernon, kerana proses rakaman dijalankan berasingan.



Bagi Lagu Terbaik, kemenangan berpihak pada penyanyi R&B, H.E.R, walaupun ramai menjangkakan trofi itu menjadi milik Swift melalui lagu Cardigan.



H.E.R menang menerusi lagu I Can't Breathe, yang diilhamkan daripada kematian lelaki kulit hitam George Floyd ketika ditahan polis di Minneapolis tahun lalu.



Anugerah Grammy sebelum ini dikatakan bersikap diskriminasi kerana hanya memilih penyanyi lelaki bagi mendominasi kategori utama. Bagaimanapun, mereka menyangkal dakwaan itu apabila majoriti pemenang kategori utama edisi ini ialah wanita.



Malah, penyanyi berkulit hitam turut menang. Selain H.E.R, bakat Beyonce dan Megan Thee Stallion tidak diketepikan. Beyonce menang kategori Persembahan R&B Terbaik melalui lagu Black Parade. Dia juga memenangi Muzik Video Terbaik untuk lagu Brown Skin Girl, yang turut menampilkan anaknya, Blue Ivy Carter, sembilan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >