Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita kumpulan agama berbeza berkumpul dalam sambutan pasca Hari Raya PPIS

Jul 06, 2019 | 06:31 PM



SEKITAR 50 wanita yang mewakili berbagai kumpulan agama dan sekular telah berkumpul dalam satu majlis sambutan pasca Hari Raya. 



Dianjurkan oleh Peratuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), sambutan itu adalah antara usahanya untuk menggalak perpaduan sosial dan keharmonian antara kaum. 



Ini menyusuli Persidangan Antarabangsa Mengani Masyarakat Satu Padu (ICCS) yang diadakan di Singapura buat julung-julung kali bulan lalu.



Acara tahunan yang diadakan di Royal Palm, Clarke Quay itu, turut diserikan oleh tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.



Selain daripada menjadi satu acara untuk berkongsi semangat Hari Raya dengan masyarakat bukan Islam, acara itu terus menawarkan wadah bagi wanita berbilang keyakinan, bangsa dan latar belakang berinteraksi. 



“ICCS mencerminkan komitmen Singapura bagi memastikan bahawa masyarakat berbilang agama dan bangsa dapat terus hidup harmoni. 



“PPIS berpegang kepada komitmen itu dan menerusi sumbangan kecil, kami akan terus mewujudkan peluang untuk masyarakat yang berbeza berinteraksi dengan satu sama lain,” kata Cik Rahayu Mohamad, Presiden PPIS. 



Semasa acara itu, Puan Halimah serta para hadirin diminta menulis pesanan berhubung dengan keharmonian kaum. 



Dalam pesanannya, Presiden Halimah berkata keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat Singapura hari ini adalah hasil daripada usaha memupuk kepelbagaian dalam masyarakat. 



“Ini tidak hadir secara semula jadi tetapi hasil daripada usaha teliti dalam memupuk keharmonian dan memperkukuhkan usaha oleh semua kumpulan keagaaman dan bangsa.



“Mari kita pastikan yang anak muda kita teruskan nilai-nilai dan prinsip ini,” tulis beliau.



Salah satu segmen menarik acara itu adalah ‘Sesi Bicara bersama dengan Ustazah bersama dengan Ustazah Liyana Rosli, yang turut berkongsi pengalamanannya dalam kerja-kerja berkaitan antara agama di samping menjawab persoalan berhubung agama.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >