Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita lecur teruk cuba selamatkan mangsa dalam kereta terbakar

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG rakan dari salah seorang daripada lima mangsa dalam nahas ngeri di Tanjong Pagar pada pagi semalam mengatakan bahawa seorang wanita cuba menyelamatkan salah seorang dari mereka sehingga menyebabkannya luka terbakar.



Wanita yang berusia 26 tahun itu, yang dipercayai mengenali pemandu kereta itu telah berusaha menolong lelaki berusia 29 tahun itu.



Namun ini menyebabkan wanita melecur dengan teruk dan berada dalam keadaan yang sedar ketika dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH), lapor The Straits Times (ST) semalam.



ST melaporkan wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.



Dalam masa yang sama, butiran tentang tiga daripada lima lelaki yang terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Tanjong Pagar didedahkan di media sosial sedang rakan dan keluarga mengucapkan kata-kata takziah serta meluahkan perasaan terkejut mereka di media sosial.



Lelaki-lelaki itu berada di dalam kereta yang merempuh bahagian depan sebuah rumah kedai yang kosong dan terbakar sekitar 5.40 pagi.



Pemandu BMW M4 coupe itu dipercayai ialah Encik Jonathan Long, 29 tahun, sementara dua penumpangnya pula dipercayai adalah Encik Gary Wong Hong Chieh, 29 tahun, dan Encik Eugene Yap, 29 tahun.



Encik Wong dan Encik Long merupakan rakan lama, menurut pos media sosial.



Akhbar ST difahamkan bahawa dua lagi penumpang yang meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah Encik Elvin Tan Yong Hao, 28 tahun, dan Encik Teo Qi Xiang, 26 tahun.



Seorang wanita berusia 26 tahun, yang dipercayai mengenali Encik Long, telah cuba membantunya dan penumpang-penumpang setelah kemalangan itu.



Beliau mengalami kebakaran teruk di tubuhnya dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



EUGENE YAP



Menurut laporan media sebelum ini, Encik Yap merupakan pengasas bersama rantaian bubble tea tempatan Bober Tea.



Profil Instagram beliau juga menyatakan beliau pengurus kekayaan bersama Aviva Financial Advisers.



Pos media sosial menunjukkan bahawa beliau dan Encik Long mengembara bersama ke Amerika Syarikat pada Februari tahun lalu.



Encik Yap juga dilihat bergambar dengan kereta sport dan supercar dalam beberapa pos.



Menurut laporan CNA pada Ogos tahun lalu, Encik Yap membuka kedai Bober Tea pertama di sini pada Jun 2018 dengan pengasas bersama Encik Joseph Oh dan Encik Gabriel Kok.



Sejak itu, label itu meluas di Singapura sehingga lapan cawangan, dengan francais dibuka di Manila dan California.



GARY WONG



Menurut profil media sosialnya, Encik Wong telah mempelajari teknologi maklumat (IT) di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sebelum memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kewangan.



Beliau juga terlibat dalam kerja kesukarelawanan sewaktu pandemik Covid-19 tahun lalu.



Dalam pos Facebook pada Mei tahun lalu, Encik Wong berkata beliau dan Encik Long telah membeli ribuan pelitup muka untuk diagihkan ke keluarga memerlukan.



JONATHAN LONG



Encik Long juga bekerja untuk Aviva Financial Advisers sebagai pengurus perkhidmatan kewangan kanan, menurut profil media sosial beliau.



Dalam beberapa gambar, Encik Long, yang tamat pengajian dari Universiti RMIT di kampus Pendidikan Global SIM dengan ijazah ekonomi dan kewangan, juga boleh dilihat bergambar dengan kereta sport, termasuk sebuah BMW biru. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >