Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita maut dalam kebakaran di Ang Mo Kio

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita meninggal dunia setelah cedera dalam satu kebakaran di sebuah flat tiga bilik di tingkat 11 Blok 456 Ang Mo Kio Avenue 10 pagi semalam.



Jurucakap polis berkata wanita berusia 48 tahun itu dan seorang lelaki berusia 20 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital.



Wanita itu meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaannya.



Polis tidak mengesyaki perbuatan jahat dan sedang menyiasat.



Dalam satu pos di Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira 6.10 pagi semalam, dan wanita tersebut ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidur.



Beliau tidak bernafas dan nadinya tidak berdenyut. Responden SCDF melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atasnya.



Lelaki itu pula dikatakan diselamatkan dari tandas dapur.



Mereka dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng oleh SCDF.



Pasangan itu dikenali pasti oleh jiran sebagai ibu dan anak.



SCDF berkata kira-kira 30 orang lain dari blok terjejas diarahkan keluar rumah mereka dan pasukan bomba yang memakai alat pernafasan memaksa masuk ke dalam flat terbakar itu.



"Kebakaran melanda di ruang tamu kerana banyaknya barang mudah terbakar di situ. Pergerakan petugas pemadam kebakaran dalam unit itu terhambat kerana mereka harus berhati-hati bergerak di tengah-tengah timbunan barang bagi melakukan operasi memadam api."



Ketika akhbar The Straits Times mengunjungi flat itu kira-kira 10 pagi semalam, koridor flat tersebut dikawal polis.



Pesara Cheng Mok Yin, 60 tahun, yang tinggal di flat di tingkat sama, berkata beliau terbangun daripada tidur akibat bau asap.



"Apabila saya membuka pintu, saya melihat polis dan pegawai SCDF mengetuk pintu flat itu dengan kuat dan akhirnya memasukinya," kata beliau.



Encik Cheng berkata beliau melihat pegawai SCDF menyelimuti kedua-dua mangsa dengan pembalut putih sebelum memindahkan mereka ke tingkat bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >