Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita maut dihempap pokok Taman Marsiling

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita meninggal dunia setelah dihempap sebatang pokok yang tumbang di Taman Marsiling pagi semalam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu mengenai kejadian tersebut kira-kira 8.15 pagi dan mendapati seseorang yang terperangkap di bawah pokok yang tumbang itu.



Pegawai SCDF telah menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan wanita berusia 38 tahun itu, yang disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik.



Siasatan masih dijalankan oleh polis.



Pesuruhjaya taman dan rekreasi di Lembaga Taman Negara, Dr Leong Chee Chiew, berkata pokok Araucaria excelsa setinggi 20 meter dan mempunyai ukur keliling 1.3 meter itu didapati sihat ketika kali terakhir diperiksa pada April tahun lalu.



"Kami sedih kerana ada satu kematian. Keutamaan kami sekarang adalah untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga si mati," katanya.



Lembaga itu juga sedang menyiasat kejadian tersebut.



Menurut saksi di tempat kejadian, satu retakan kuat terdengar sejurus sebelum pohon itu tumbang, memerangkap wanita itu di bawahnya.



Sekitar 10 orang yang lalu di tempat itu cuba mengangkat pokok itu untuk menolong mangsa tetapi tidak berjaya.



Pelajar menengah tiga Kayden Teo dan rakannya adalah antara mereka yang telah mencuba untuk menolong.



Remaja berusia 15 tahun itu memberitahu The Straits Times:



"Kami sedang menyeberang jambatan (di atas kolam) dan terdengar bunyi retakan kuat dan percikan air. Pokok yang tinggi tertumbang dan kami terus berlari untuk membantu wanita yang terperangkap di bawah pokok itu."



Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee berkata beliau amat sedih dengan kemalangan itu.



"Sedang siasatan dijalankan, saya telah meminta NParks untuk memeriksa dan menyemak keadaan pokok dan keselamatan kemudahan di kawasan itu.



"Sebagai pengguna taman itu, penting bagi kita untuk melakukan sedaya upaya memastikan keselamatan semua pengguna di Taman Marsiling," kata Encik Zaqy.



Tambahnya, beliau akan bekerjasama dengan rakan AP-nya, Cik Hany Soh, untuk memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >