Wanita maut dilanggar kereta dipandu suami

SEORANG wanita berusia 64 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan cedera parah dan kemudian meninggal dunia selepas kereta yang dipandu suaminya dilaporkan melanggarnya secara tidak sengaja semasa beliau mengundurkan kereta itu pada malam Selasa lalu.

Wanita tersebut, Timbalan Pengarah Kanan divisyen bahagian pengurusan tenaga kerja asing Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Cik Quek-Ng Siew Fong, merupakan "pegawai yang berdedikasi yang sentiasa memikirkan kesejahteraan pekerja yang bekerja di sini", tulis Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, yang berkhidmat di MOM dari 2012 hingga 2015 dalam satu pos Facebook.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan