Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita maut, pemandu bas ditangkap dalam nahas di Pioneer Road North

Jan 13, 2017 | 07:26 AM



SEORANG wanita terbunuh selepas sebuah bas melanggar basikal beliau dan beberapa kenderaan lain di Pioneer Road North pada Khamis (12 Jan).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 6.03 petang.



Penunggang basikal wanita berusia 40-an tahun itu diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata polis.



Pemandu bas privet itu ditangkap kerana menyebabkan kematian melalui perbuatan cuai.



Seorang lelaki berusia 60-an tahun dihantar ke Hospital Ng Teng Fong Besar, kata SCDF.



Difahamkan bahawa bas itu bergerak ke jalan susur, membelok kanan, kemudian melanggar penunggang basikal tersebut sebelum melanggar kereta lain.



Rakaman dari sebuah kamera dalam kereta menunjukkan bas itu melanggar sebatang pokok, merentasi tiga lorong jalan dan merempuh pagar pembahagi jalan.



Ia juga hampir-hampir melanggar sebuah bas dua tingkat.



Menurut seorang saksi selepas kejadian itu, bas tersebut merentangi pembahagi jalan dan antara kenderaan lain yang terlibat termasuk sebuah lori dan sebuah kereta BMW putih.



Pioneer Road North ditutup selepas Jurong West Avenue 5, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 7.51 malam.



Susur keluar jalan itu ke Ekspreswe Renats Pulau (PIE) juga ditutup, kata LTA dalam tweet pada 8.24 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >