Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Wanita maut selepas dilanggar teksi di Ang Mo Kio, dikatakan diseret sejauh 20 meter

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita maut selepas dilanggar teksi di Ang Mo Kio, dikatakan diseret sejauh 20 meter

Jun 21, 2022 | 06:11 PM

SEORANG wanita maut selepas dilanggar teksi dan dikatakan diseret sejauh kira-kira 20 meter pada Isnin (20 Jun).

Polis dimaklumkan mengenai kejadian di Ang Mo Kio Street 21 itu sekitar 10.25 malam.

Wanita berusia 61 tahun itu, yang polis kata adalah seorang pejalan kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu teksi TransCab berusia 53 tahun itu ditahan kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian. Siasatan sedang dijalankan.

Akhbar Cina Shin Min Daily News melaporkan bahawa wanita itu diseret sejauh kira-kira 20 meter.

Darah yang dipercayai dekat lokasi impak berada sekitar 20 meter dari khemah biru polis yang menutupi mayat pada malam Isnin.

Teksi itu dipercayai bertembung dengan wanita itu, dan terus dipandu sebelum membuat pusingan U apabila pemandu itu menyedari dia melanggar seseorang.

Dia dilaporkan dalam keadaan tertekan di tempat kejadian dan ahli keluarganya terpaksa dipanggil untuk menenangkannya.

Menurut statistik Polis Trafik yang dikeluarkan pada Februari, lebih ramai orang maut atau cedera dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Ini sebahagiannya disebabkan oleh peralihan Singapura ke arah hidup dengan Covid-19 dan lebih banyak kegiatan disambung semula.

Seramai 107 orang maut di jalan raya pada 2021, berbanding 83 orang pada 2020.

Tetapi Polis Trafik telah menegaskan bahawa ini masih lebih rendah daripada 118 yang maut di jalan raya pada 2019.

Seramai 15 pejalan kaki warga emas meninggal dunia setiap tahun pada 2021 dan 2020.

Pejalan kaki melintas jalan secara sembarangan adalah punca utama kematian, membentuk sekitar separuh kematian.

Di bawah Akta Trafik Jalan Raya, mereka yang didapati bersalah menyebabkan kematian dengan memandu tanpa berhati-hati boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $10,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3