Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Melayu S'pura pertama ke puncak Everest

May 25, 2017 | 05:30 AM



"CUACA tidak menentu dan kami mengalami kepanasan dan kesejukan yang melampau sambil kami mendaki ke Lhotse."



Begitulah laporan yang ditulis di Facebook NTU-NIE Everest Team Singapore pada 13 Mei lalu.



Namun, terbukti Cik Nur Yusrina Ya'akob (depan) tahan uji.



Pada Isnin lalu, beliau mencipta sejarah sebagai wanita Melayu/Islam Singapura pertama mencapai puncak Gunung Everest - gunung tertinggi di dunia pada ketinggian 8,848 meter di atas paras laut.



"Saya harap pencapaian saya memberi inspirasi kepada yang lain agar sentiasa berusaha mencapai impian mereka, tidak kira seberapa besar pun," kata Cik Yusrina, 30 tahun, setelah kembali ke Base Camp.



Beliau memulakan ekspedisi menakluk Everest Mac lalu bersama dua lagi warga Singapura, Dr Arjunan Saravana Pillai (paling belakang), 47 tahun, felo pengajaran daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dan Encik Jeremy Tong (tengah), 26 tahun, graduan program Sains Sukan dan Pengurusan NTU.



Namun, beliau terpaksa menamatkan percubaan tersebut seorang diri kerana Dr Saravana dan Encik Tong tidak sihat.



Laporan lanjut : Akhirnya Nur Yusrina kibar bendera S'pura di puncak Everest




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >