Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita memaksa pintu MRT dibuka kerana khuatir dengan keselamatan adiknya yang mempunyai autisme

Aug 29, 2019 | 10:05 AM



SEORANG wanita terperangkap di antara pintu kereta api MRT dan pintu landasan di Stesen Little India di Laluan Downtown pada Isnin (26 Ogos).



Syarikat SBS Transit, pengendali laluan Downtown, berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.30 petang apabila wanita itu dilihat sedang berlari ke arah kereta api yang menuju ke destinasi akhirnya di Stesen Expo.



Menurut akhbar The Straits Times (ST), pintu  landasan di Stesen Little India itu sudah mulai tutup pada masa wanita itu tiba, lalu, beliau memaksa pintu itu supaya ia dibuka dengan tangannya sendiri. 



Akibatnya, pintu itu terbuka secara automatik kerana sistem keselamatannya dimaklumkan bahawa ada sesuatu yang menghalangnya daripada menutup dengan penuh.



Video kejadian itu yang tular di internet juga menunjukkan bahawa setelah wanita itu berjaya membuka pintu landasan, beliau kemudian cuba membuka pintu kereta api yang sudah tertutup pada awalnya.



Namun, pintu landasan yang telah dibuka olehnya sebelum itu, mulai menutup dan ia menyebabkan beliau terperangkap sebentar, di ruangan kecil di antara pintu MRT dan pintu landasan.



SBS Transit berkata, apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kakitangan SBS Transit, beliau mengaktifkan peranti kecemasan yang membolehkan pintu kereta api untuk dibuka dengan sepenuhnya supaya para penumpang boleh memasuki kereta api.



Video itu juga menunjukkan para penumpang lain yang cuba membantu wanita itu seperti seorang lelaki yang cuba untuk membuka pintu landasan yang tertutup di belakang wanita itu.



Selepas wanita itu berjaya memasuki kereta api, pintu kereta api serta pintu landasan tertutup dan akhirnya, kereta api itu meninggalkan stesen itu.



Kejadian itu berlaku selama kira-kira 20 saat, kata pengendali pengangkutan awam.



Namun, menurut seorang pengguna Facebook, wanita itu sebenarnya sedang mengejar adik perempuannya yang telah menaiki kereta api sebelum kejadian itu.



Menurut pengguna Facebook itu, adik wanita tersebut mempunyai autisme, dan sering hilang apabila mereka terpisah.



Malah, SBS Transit berkata, para penumpang tidak boleh melakukan sedemikian kerana ia amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan yang serius serta menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan MRT dan kerosakan kepada harta benda awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >