Wanita mengaku bersalah dera pembantu berulang kali, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Wanita mengaku bersalah dera pembantu berulang kali

Feb 25, 2021 | 07:35 PM

SEORANG wanita yang mendera pembantu rumahnya hanya dua minggu selepas warga Indonesia itu bertugas buat keluarganya mengaku bersalah pada Khamis di atas tiga tuduhan sengaja menyakiti.

Tiga tuduhan serupa sedang dipertimbangkan sedang hukuman Ong Si Mien bakal dijatuhkan pada 4 Mac, lapor akhbar The Straits Times.

Mahkamah diberitahu, pembantu rumah berkenaan yang hanya dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai Cik Yulia, datang ke Singapura pada 16 Julai 2016.

Ini adalah kali pertama  Cik Yulia bertugas di Singapura dengan Ong, 39 tahun, merupakan majikan pertamanya.

Sekitar dua minggu selepas pembantu Indonesia berusia 33 tahun itu bekerja bersama keluarga ini, Ong dikatakan telah mengetuk kepala Cik Yulia dengan mangkuk besi. Mangkuk itu berlekuk hasil impak perbuatan Ong yang menyakiti Cik Yulia.

Berita Popular

Dia tidak berpuas hati dengan cara pembantu rumah itu membersihkan dapurnya. 

Cik Yulia mengadu kepada suami Ong yang berada di ruang tamu dan memberitahunya beliau ingin kembali ke agensi pembantu rumah. 

Ong memarahinya kerana berbuat demikian sambil menegaskan dia tidak izinkan Cik Yulia pergi ke agensi tersebut.

Dalam satu kejadian berasingan pada Ogos 2016, Ong memarahi Cik Yulia kerana mandi lebih lewat daripada kebiasaannya.

Cik Yulia cuba menjelaskan kepada Ong bahawa beliau lambat mandi kerana ibu mentua Ong mengarahnya merebus herba Cina sebelum ini. Beliau juga perlu membersihkan tandas flat itu.

Namun, Ong tidak berlembut mendengar penjelasannya sebaliknya menggunakan gagang telefon tanpa kord untuk memukul pembantu rumah itu di kepalanya sekali.

"Bagaimanapun, mangsa kekal berdiri di depan yang didakwa sebagai salah satu undang-undang yang perlu dipatuhi dengan beliau diberitahu beliau harus berdiam di situ apabila dimarahi," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Soh Weiqi.

Cik Yulia sekali lagi meminta dipindahkan tetapi Ong enggan berbuat demikian. Dia berkata, dia akan memindahkan Cik Yulia ke India.

Sebulan selepas itu, pada 24 September, Ong menampar muka Cik Yulia dan mendakwa pembantu rumah itu tersalah mengenakan pakaian anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Kesan tamparan itu begitu kuat sehingga menyebabkan hidung mangsa berdarah.

Cik Yulia kemudian mengambil peluang itu untuk melarikan diri dengan membawa barang milikinya apabila Ong meninggalkan flat itu bersama anak lelakinya.

Dengan hanya berbekalkan duit syiling dan wang yang dibawa dari Indonesia, Cik Yulia menjelaskan beliau tidak dibayar gaji sepanjang khidmatnya di sini.

Ketika di kawasan Jalan Kayu, dia mendekati seseorang yang tidak dikenali bagi mendapatkan bantuan. Polis diberitahu mengenai kes ini dengan Cik Yulia dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat. 

Peguam Ong, Encik Amarjit Singh, menyatakan anak guamnya kini mengalami kemurungan dengan ciri-ciri keresahan serta tanda-tanda pinggiran kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Sewaktu kejadian, dia kemungkinan mengalami kemurungan selepas melahirkan anak lelaki keduanya.

Encik Singh menggesa Hakim Daerah Eddy Tham agar meminta laporan bagi menilai kesesuaian Ong menjalani perintah rawatan mandatori (MTO) memandangkan dia kini menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH). 

Pesalah yang diberi MTO akan menjalani rawatan bagi keadaan mental mereka sebagai gantian tempoh di penjara.

Bagaimanapun, DPP Soh menegaskan bahawa Ong harus dipenjara sekurang-kurangnya lapan bulan dengan menyatakan kemurungan pasca kelahiran yang dialami hanya mengurangkan keupayaannya mengawal diri daripada amarah sedikit sahaja.

DPP Soh juga berkata Ong harus diperintahkan membayar ganti rugi $5,200 kepada Cik Yulia.

Bagi setiap kesalahan menyakiti secara sengaja pembantu rumahnya, Ong boleh dipenjara selama tiga tahun atau didenda sehingga $7,500 atau kedua-duanya sekali.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map