Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita mengaku tampar budak 8 tahun yang terpijak kakinya di tren MRT

May 28, 2021 | 06:26 PM



SEORANG wanita, pada Jumaat (28 Mei), mengaku menampar muka kanak-kanak perempuan yang pada ketika itu baru berusia 8 tahun.



Akhbar The Straits Times melaporkan wanita itu pada ketika itu mahu menghalang kanak-kanak itu daripada meninggalkan kereta api MRT tanpa meminta maaf kerana terpijak kakinya.



Budak itu meminta maaf kepada Soh Connie, 45 tahun, yang berbual kuat di telefon bimbitnya pada ketika itu lantas tidak mendengar permintaan maaf budak itu.



Pada Jumaat, Soh mengaku bersalah kepada tuduhan dengan sengaja menyakiti. Dia berdepan dengan penalti tambahan kerana mangsa itu berusia di bawah 14 tahun.



Mahkamah dimaklumkan pada 15 Jun tahun lalu sebelum 1.47 petang, mangsa telah secara tidak sengaja terpijak kaki kiri Soh setelah menaiki MRT bersama ibunya di stesen Choa Chu Kang.



Soh dikatakan telah bertemu dengan ibu mangsa dan bertanya mengapa budak itu meminta maaf kepadanya.



Namun, si ibu memberitahu Soh anaknya telah meminta maaf dengan satu pertengkaran kemudian berlaku.



Apabila tren itu tiba di Stesen MRT Yew Tee dengan budak berkenaan dan ibunya ingin turun di stesen tersebut, Soh menampar pipi kiri budak itu bagi menghalangnya daripada turun tanpa meminta maaf.



Budak itu mula menangis. Ibunya pula menghubungi polis daripada Stesen MRT Yew Tee.



Tidak lama selepas itu, ibunya membawanya ke Hospital Universiti Nasional di mana doktor mendapati ada lebam pada pipi kiri budak itu.



Dia dibenarkan pulang dan diberi cuti sakit dua hari dan dikecualikan daripada kegiatan fizikal hingga 19 Julai tahun itu.



Timbalan Pendakwa Raya Joseph Gwee menggesa mahkamah agar menghukum Soh sekurang-kurangnya dengan denda $5,000 dengan menyifatkan tindakannya itu tidak seimbang secara objektif, apa lagi dilakukan di tempat awam.



Soh dijadualkan dihukum pada 18 Jun ini. Satu lagi tuduhan menggunakan kekerasan jenayah bagi mencucuk hidung ibu budak itu akan diambil kira ketika hukuman diputuskan.



Kerana sengaja menyakiti, seorang pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda hingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.



Soh berdepan dengan penalti maksimum kerana budak itu di bawah usia 14 tahun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >