Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ngaku "berdaulat" ngaku bersalah tidak pakai pelitup

May 08, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang mendakwa dirinya "berdaulat" ketika diberitahu untuk memakai pelitup di tempat awam, mengaku bersalah semalam.



Paramjeet Kaur, 41 tahun, menghadapi tujuh tuduhan, empat di antaranya kerana melanggar peraturan Covid-19.



Tiga yang lain adalah mengganggu orang ramai, gagal melaporkan pertukaran alamat rumahnya dan enggan menandatangani kenyataannya di balai polis.



Dia didakwa atas satu tuduhan yang melanggar peraturan Covid-19 dan kerana gangguan orang ramai. Baki tuduhan akan dipertimbangkan semasa hukumannya.



Mei tahun lalu, satu video yang tular merakamkan Kaur berada di tempat awam - Shunfu Mart berdekatan Upper Thomson Road - tanpa menggunakan pelitup yang diwajibkan bagi mengekang penularan Covid-19.



"Saya tidak ada sebarang hubungan dengan polis, yang bermaksud saya tidak mempunyai kontrak dengan polis. Mereka tidak ada sebarang hak ke atas saya," katanya dalam video itu.



Seorang lelaki, yang berada di luar layar, kedengaran menjawab: "Ini tidak masuk akal. Sekiranya anda berada di Singapura, anda harus mengikut peraturan Singapura."



Kaur ditangkap pada 4 Mei tahun lalu dan didakwa keesokan hari.



Sekiranya tidak memakai pelitup dengan menutup hidung dan mulut, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda hingga $10,000, atau kedua-duanya.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan denda hingga $20,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >