Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita pandu kereta bertentangan trafik, disiasat polis

Sep 08, 2019 | 06:07 PM



SEORANG wanita, 32 tahun, sedang membantu siasatan polis selepas rakaman video yang menunjukkan dia memandu bertentangan trafik tular dalam talian.



Akhbar The Straits Times (ST) difahamkan wanita itu merupakan pemandu kereta tersebut.



Polis berkata pada Ahad (8 September) bahawa mereka dimaklumkan mengenai satu kes memandu secara bahaya di Upper Cross Street menuju South Bridge Road pada Jumaat, sekitar 10.24 malam.



Tiada kecederaan dilaporkan.



Dalam video yang dimuat naik di Facebook, sebuah kereta Mercedes Benz berwarna hitam dirakam dipandu bertentangan trafik, di lorong paling kiri.



Klip berasingan kemudian menunjukkan kereta itu dipandu menaiki bendul kaki lima.



Pemandu tersebut kemudian keluar dari keretanya dan memaki dalam bahasa Hokkien, sebelum kembali masuk ke dalam kenderaannya.



Sebuah pos mengenai kejadian itu telah dikongsi lebih 2,000 kali.



Klip kejadian yang dimuat naik di kumpulan Facebook, Roads.sg, telah ditonton sebanyak 35,000 kali, dalam masa hanya lima jam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >