Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita pandu Mercedes bertentangan lalu lintas ditangkap, lesen digantung

Sep 10, 2019 | 01:52 PM



SEORANG wanita yang telah memandu kereta Mercedes-Benz hitam sambil menentang lalu lintas di Upper Cross Street telah ditangkap. Lesen pemandunya juga digantung.



Polis berkata pada hari Isnin (9 September) bahawa wanita berusia 32 tahun itu ditangkap kerana memandu dengan merbahaya. Dia juga telah membantu dalam siasatan mereka.



Menurut The Straits Times, polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada hari Jumaat lalu (6 September), jam 10.24 di Upper Cross Street menuju ke South Bridge Road.



Namun, tiada kecederaan yang dilaporkan.



Dalam video yang disiarkan di Facebook, sebuah kereta Mercedes-Benz hitam dilihat sedang menuju ke arah yang bertentangan dengan aliran lalu lintas, di lorong paling kiri.



Kemudiannya, dalam suatu klip berasingan, ia menunjukkan bahawa kereta itu telah menaiki bebendul jalan dan diletak di laluan jalan kaki, lalu, pemandu itu melangkah keluar dari kenderaannya dan mencaci dalam bahasa Hokkien kepada penonton di tempat kejadian itu sebelum dia kembali masuk ke dalam keretanya.



Salah satu daripada video yang ditular itu telah dikongsi lebih daripada 5,200 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >