Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita semangat waja

Jul 21, 2020 | 05:30 AM



CIK Haslinah Hashim menutup kedai fizikalnya untuk mengalih strategi kepada perniagaan di 'pasar malam' dan acara tertentu.



Bagaimanapun, sekitar sebulan setelah berubah tumpuan, datang pula pandemik Covid-19 yang merubah segala-galanya, dan menjejas teruk satu-satunya sumber mata pencarian beliau setelah kesemua acara yang menarik jumlah orang yang ramai dilarang sebagai langkah mengawal penularan penyakit tersebut.



Bagaimanapun, daripada lemah dihimpit kekecewaan, Cik Haslinah (gambar) bangkit, berani menangani cabaran.



Beliau tidak melihat rintangan di hadapannya sebagai sesuatu yang melemahkan.



Sebaliknya beliau mengerah segala semangatnya, yang didorong tanggungjawab beliau kepada keluarga dan anak-anak, demi mencari jalan penyelesaian.



"Setiap cabaran itu ada peluang... dan apabila fikirkan keluarga dan anak-anak, saya dapat semangat dan harapan," ujar beliau.



Cik Haslinah, 33 tahun, bertindak pantas.



Beliau mengambil keputusan sukar untuk menyusun semula perniagaannya, termasuk melakukan hampir semua operasi perniagaan The Original Pisang Keju - daripada mendapatkan bahan mentah, mengambil tempahan, memasak hinggalah menyelaras penghantaran - sendiri.



Di samping itu, ibu tunggal tiga anak itu juga bersengkang mata, bekerja sebagai pelelong atau auctioneer pada waktu malam.



"Kita tak semestinya bergantung kepada sesiapa, kita sendiri boleh cari rezeki untuk diri kita dan anak-anak kita," katanya.



Cik Haslinah menambah, beliau menjadikan beberapa personaliti wanita tempatan sebagai inspirasi. Antaranya ialah usahawan Diyana Halik dan Fatimah Mohsin.



"Saya suka lihat mereka, bagaimana mereka uruskan perniagaan dan juga keluarga, dan saya jadikan mereka contoh dalam hidup saya. Saya sering bertanya, kalau mereka boleh, kenapa saya tak boleh?"



Kisah Cik Haslinah kami paparkan dalam Ruangan Wanita di halaman 16.



Dalam ruangan baru ini, kami paparkan kisah-kisah wanita sedemikian, mencerminkan aspirasi, harapan dan impian mereka, di samping menyampaikan trend dan panduan berguna untuk wanita yang mementingkan segalanya - keluarga, kerjaya dan kehidupan.




USAHAWAN LAIN SEBAGAI MOTIVASI



Saya suka lihat mereka (usahawan Diyana Halik dan Fatimah Mohsin), bagaimana mereka uruskan perniagaan dan juga keluarga, dan saya jadikan mereka contoh dalam hidup saya. Saya sering bertanya, kalau mereka boleh, kenapa saya tak boleh?
- Cik Haslinah Hashim.



Laporan lain: Teroka peluang jadi 'pelelong' di wadah FB Live




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >