SEORANG wanita Malaysia telah ditangkap Biro Narkotik Pusat (CNB) ketika cuba menyeludup dadah masuk ke Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands kelmarin.
Setelah diperiksa dua pegawai wanita CNB, suspek yang berumur 22 tahun itu didapati cuba menyeludup 937 gram dadah heroin bernilai $98,000 dalam dua kampit yang tersembunyi dalam seluar dalamnya.