Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita SG antara mangsa peras ugut lelaki di M'sia

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun di Malaysia telah ditangkap kerana disyaki memeras ugut untuk mendapatkan seks dan wang dari beberapa wanita yang dia kenali dalam talian.



Antara mangsanya adalah seorang wanita dari Singapura.



Wanita itu dipujuk untuk ke Malaysia dan video lucah yang dikirimkan wanita berkenaan kepada lelaki itu sebelum ini telah digunakan untuk memeras ugut daripadanya, kata kenyataan polis semalam.



Untuk menghalangnya daripada menyebarkan video tersebut, wanita itu memindahkan $200,000 ke akaun bank yang diberikan oleh lelaki itu.



Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika mangsa membuat aduan pada 19 Oktober tahun lalu.



Mangsa menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan lelaki itu melalui aplikasi pemadanan jodoh, dan mendakwa lelaki itu menyuruhnya mengirim video dirinya.



Setelah mengirimkan video itu, lelaki itu menyarankan mereka bertemu di Malaysia.



Sesampainya di Malaysia, lelaki itu menghantar pemandu lelaki untuk menjemputnya.



Suspek kononnya mengancam untuk menyebarkan video yang dikirimkan kepadanya kecuali mangsa melakukan hubungan seks dengan pemandu tersebut.



Wanita itu memenuhi permintaan itu.



Setelah kembali ke Singapura, wanita itu menyatakan dia terus menerima ugutan dari suspek dan diberitahu untuk memindahkan sejumlah wang untuk mengelakkan video itu daripada diedar.



Antara Februari dan Oktober tahun lalu, mangsa memindahkan kira-kira $200,000 ke akaun bank yang diberikan lelaki itu.



Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu tersebut sebenarnya adalah lelaki yang mengugutnya, kata polis.



Melalui siasatan susulan, pegawai dari Bahagian Polis Bedok membuktikan identitinya dan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, lelaki itu ditangkap pada Khamis lalu.



Lelaki itu dipercayai juga terlibat dalam kes serupa yang dilaporkan melibatkan mangsa wanita lain, tambah polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >