Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita SG dihantar pulang kerana menetap lebih tempoh visa pelajar di Australia

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita warga Singapura telah dihantar pulang dari Australia kerana menetap di negara itu melebihi tempoh visa pelajarnya, menurut Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) semalam.



"Dia didapati bersalah atas tuduhan melakukan pelacuran, dengan sengaja menyertai kegiatan pelacuran yang ditawarkan oleh orang lain," menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.



Tidak dinyatakan ke mana wanita itu telah dibawa dari sini.



Wanita itu yang berpangkalan di Brisbane, juga didakwa mengendalikan kegiatan pelacuran yang turut melanggar perintah kesihatan awam Covid-19 di Australia, menurut ABF.



Menurut pihak berkuasa, wanita itu memegang visa pelajar dan menjadi "bukan warga tidak sah" apabila tempoh visa itu luput.



Dia ditahan pada 25 Februari dan dihantar pulang dari Australia pada 11 Mac.



Penolong Pesuruhjaya ABF Tim Fitzgerald berkata "penghantaran pulang wanita itu menunjukkan betapa ABF memandang serius terhadap kegiatan sedemikian."



"Kami bekerjasama dengan semua rakan kerja, termasuk Polis Persekutuan Australia dan Polis Queensland bagi memerangi pelbagai masalah yang berkaitan dengan jenayah seperti ini," kata Penolong Pesuruhjaya Fitzgerald.



"Dengan kegiatan pelacuran seperti ini, isu-isu serius yang lain kerap timbul. Selain itu, kesemua individu bukan warga Australia mesti memiliki visa yang sah sepanjang tempoh mereka berada di sini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >