Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita simpan 30 kucing di flat dua bilik, diarah beri pemilik baru

Aug 17, 2023 | 05:26 PM



Seorang wanita yang didakwa menyimpan kira-kira 30 kucing dalam sebuah flat sewa dua bilik difahamkan telah diarah pihak berkuasa supaya memberi haiwan itu kepada pemilik baru.

Dalam satu pos di Facebook oleh seorang penyelamat kucing, Cik Wati Salamat, kucing-kucing itu kelihatan berada dalam kandang, kecuali seekor.

Video itu dimuat naik sebagai rayuan untuk mencari pemilik baru bagi kucing-kucing tersebut.

Pemilik kucing-kucing itu, yang dikenali sebagai Cik Ida, enggan membenarkan Berita Harian mengunjungi rumahnya.


Namun ketika dihubungi, beliau berharap kucing-kucingnya ditempatkan bersama pemilik lebih baik.

Ketika dihubungi BH, Cik Wati, 50 tahun, berkata kucing-kucing itu tidak berada dalam sekitaran bersih, dan terdapat bau kuat akibat najis yang mengalir ke bawah tanpa tempat membuang najis khusus disediakan.


BH difahamkan bahawa kandang haiwan itu diletak dalam bilik tidur pemilik flat itu.


Cik Wati berkata kes di Ang Mo Kio itu sudah berlarutan lama dan beliau mula bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk memeriksa flat tersebut sejak April 2023.

Menurutnya, pemilik kucing itu menyimpan kira-kira 50 kucing sebelum ini dan telah memberikan lebih 11 anak kucing kepada orang lain.

“Saya lihat jumlah kes menyimpan kucing dengan banyak semakin bertambah, mungkin kerana lebih ramai orang sedar dan melaporkannya,” ujar beliau.

Menurutnya, masalahnya ialah apabila pemilik kucing tidak mengembirikan kucing mereka dan membiarkan ia membiak dengan banyak.

Kucing-kucing itu kemudian terbiar berada dalam sekitaran tidak bersih, atau disimpan dalam kandang, hingga ia kadangkala mengganggu jiran, kata Cik Wati, yang menyifatkan itu sebagai perbuatan “tidak bertanggungjawab”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >