Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Singapura dakwa dirogol pengurus rumah tamu Vietnam

Apr 04, 2019 | 03:48 PM



SEORANG wanita warga Singapura mendakwa dirogol semasa bercuti di Vietnam.



Wanita itu dikatakan didera secara seksual oleh pengurus sebuah rumah tamu (guesthouse) pagi Isnin lalu (1 Apr) di biliknya semasa beliau berada dalam keadaan mabuk.



Laman berita Vietnam, Viet Bao Daily News Online, melaporkan bahawa wanita berusia 30 tahun itu sedang bercuti dengan seorang teman wanita.



Mereka tiba di Phan Thiet, bandar berdekatan pantai di wilayah Binh Thuan di selatan Vietnam, dan menginap bersama di sebuah rumah tamu, menurut laporan The New Paper.



Kedua-dua wanita itu dikatakan mendaftar masuk dan meminta pengurus warga Vietnam berusia 26 tahun itu menyarankan tempat makan makanan laut yang baik bagi makan malam.



Mereka bertiga kemudian keluar makan malam dan minum bersama. Tidak jelas bila mereka pulang ke rumah tamu itu.



Dilaporkan bahawa pengurus tersebut memasuki bilik wanita itu sekitar 1 pagi waktu tempatan (2 pagi waktu Singapura). Wanita itu mendakwa diperkosanya.



Beliau membuat laporan polis. Lelaki tersebut, yang merupakan anak kepada pemilik rumah tamu itu, kini di bawah jagaan polis. Dia menafikan dakwaan tersebut.



Tertuduh mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita tersebut, namun mengatakan ia adalah dengan persetujuannya. 



Wanita itu dikatakan memberitahu pihak polis bahawa beliau berada dalam keadaan mabuk dan tidak mungkin dapat memberi persetujuan.



Siasatan sedang dijalankan. Hukuman bagi kesalahan merogol di Vietnam ialah sekurang-kurangnya dua tahun penjara. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >