Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita S'pura pertama ditahan di bawah ISA kerana menjadi radikal

Jun 12, 2017 | 03:55 PM



SEORANG wanita Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini, menjadikannya wanita pertama ditahan di sini kerana berpegang kepada ideologi radikal.

Warga setempat, Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, ibu seorang anak kecil, merupakan pekerja kontrak di PCF Sparkletots.

Dia bertugas sebagai penolong penjaga bayi.

Dalam satu kenyataan hari ini (12 Jun), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ibu bapa Izzah, kededuanya guru Al-Quran bebas, serta seorang lagi anggota keluarganya mendapat tahu tentang hasrat Izzah mahu ke Syria.

Namun mereka tidak melaporkan rancangan itu kepada pihak berkuasa, meskipun mereka cuba menasihati Izzah sendiri tetapi gagal memujuknya untuk berubah.

Malah, seorang anggota keluargan Izzah telah melenyapkan bukti penting berkenaan rancangan Izzah untuk menyertai ISIS, menurut kenyataan MHA itu.

MHA menekankan bahawa ancaman pengganasan yang tinggi di dunia dan Singapura menjadikannya penting sekali bagi anggota keluarga dan rakan taulan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sesiapa yang disyaki menjadi radikal atau merancang untuk melaksanakan kegiatan pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >