Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita S'pura terima pesanan 'tipu', dakwa gambar lucah mereka tersebar dalam talian

Feb 06, 2022 | 01:28 PM



APABILA beliau menerima pesanan Instagram yang menyatakan foto dan keterangan peribadinya dikongsi di dalam kumpulan Telegram privet, Cik Glennice Tong mula risau.



Pengguna Instagram yang didapati merupakan seorang wanita memberi amaran kepada Cik Tong bahawa kumpulan itu adalah "penghasilan semula" kumpulan Telegram yang sudah dibubarkan iaitu SG Nasi Lemak, di mana foto dan video lucah wanita dikongsi.



Cik Tong, 22 tahun, memberitahu akhbar The Sunday Times (ST), beliau tidak pernah mengambil gambar lucah.



"Apabila saya fikirkan terdapat satu lagi kumpulan sembang seperti SG Nasi Lemak dengan foto saya dimuatnaikkan dan kemungkinan lebih ramai gadis dilanda bahaya kerana kumpulan sebegini, tentunya sangat menakutkan," jelasnya.



Kumpulan SG Nasi Lemak di Telegram mempunyai 44,000 anggota di kemuncaknya.



Salah seorang pentadbirnya dipenjara dan didenda tahun lalu manakala seorang lagi lelaki diberi perintah rawatan wajib. Dua belia diberi tempoh percubaan akhlak.



Cik Tong menjelaskan wanita yang menghubunginya itu kelihatannya peramah dan mendakwa dia telah melaporkan kumpulan sembang itu bagi pihak Cik Tong dan menyarankan agar Cik Tong turut melaporkan perkara ini kepada polis.



Cik Tong meminta keterangan lanjut dan kemudian diberi pautan untuk menyertai kumpulan itu.



Ketika menceritakan perkara ini kepada ST pada 27 Januari, hari yang sama beliau menerima pesanan itu, Cik Tong berkata beliau mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu mendakwa bahawa selain foto, terdapat gambar tangkap layar Cik Tong bersembang dengan seorang lelaki.



"Apabila dia mengirim saya pautan yang macam tak boleh dipercayai kewujudannya untuk menyertai kumpulan ini, saya tahu ia merupakan satu penipuan," jelasnya.



Pautan itu membawa pada halaman daftar masuk Facebook yang memerlukannya menaip nombor telefonnya dan kemudian menerima OTP yang dikirimkan kepada nombor itu.



Cik Tong tidak mengisi keterangan peribadinya dan membuat laporan polis kurang sejam selepas itu.



Pihak polis mengesahkan laporan telah dibuat.



"Penipuan sebegini agak menakutkan kerana ia adalah rasa takut yang benar-benar dirasakan ramai gadis apabila foto mereka disebar. Mereka mungkin akan melakukan apa sahaja untuk menurunkan gambar itu," jelas Cik Tong yang memuatnaikkan video amaran di TikTok buat gadis di luar sana agar peka tentang wujudnya penipuan sebegini.



Cuk Reiane Ng, 19 tahun, mengalami penipuan sebegini dua kali sepanjang tiga bulan lalu.



Pelajar politeknik ini berkata beliau menerima pesanan di Facebook sekitar lewat November yang memberitahunya bahawa keterangan privet termasuk alamatnya dikongsi dalam halaman forum privet di Facebook.



Cik Ng diberitahu untuk menyertakan alamat e-mel dan kata laluan yang ada pada halaman daftar masuk Facebook.



Kata Cik Ng: "Saya hampir-hampir mahu memberi keterangan peribadi saya tetapi saya teringat perkara yang sama berlaku kepada gadis lain yang memberi amaran kepada teman-temannya di Instagram agar tidak terpedaya."



Cik Ng mengalami penipuan serupa pada 21 Januari apabila beliau diberitahu menerusi Instagram bahawa forum privet di Facebook berkongsi foto bogel gadis Singapura termasuk foto dirinya.



"Saya takut tetapi mula mengesyaki ada yang tak kena kerana wanita itu berkata ada foto tatapan cermin saya disebar walaupun saya tidak mengambil foto sedemikian. Wanita itu juga memberitahu saya dia telah melaporkan kumpulan itu untuk saya, seakan-akan dia prihatinkan keselamatan saya," ceritanya.



Apabila Cik Ng melihat pautan itu, dia tahu ia merupakan satu penipuan kerana URL-nya termasuk huruf dan simbol rambang. Cik Ng tidak membuat laporan polis tetapi memberi amaran kepada teman-temannya di media sosial tentang pesanan itu.



Tiga lagi wanita turut berkongsi di media sosial bahawa mereka menerima pesanan serupa.



Pakar psikologi klinikal utama di Annabelle Psychology, Dr Annabelle Chow, berkata penipuan sebegitu direka secara terperinci untuk memancing rasa terdesak mangsa untuk memberi respons.



Katanya: "Penipu ini mula menjadi lebih kreatif. Mereka mengganggu wanita ini dengan menakut-nakutkan mereka dengan gambaran foto mereka akan tersebar di pelbagai platform berbeza."



Dr Chow menambah apabila penipu ini berkata mereka telah melaporkan kumpulan sembang ini kepada polis, ini mencetus respons positif daripada mangsa yang kemungkinan akan mempercayai mereka.



Katanya lagi: "Ada banyak manipulasi emosi yang berlaku."



Dalam satu risalah makluman dalam talian, polis berkata pengguna tidak harus memasukkan maklumat sensitif pada jendela 'pop-up' daripada e-mel atau laman Internet serta tidak harus memuatturunkan atau membuka lampiran dalam e-mel daripada sumber yang tidak diketahui.



Pengguna juga tidak harus rasa tertekan untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi dalam talian.



Mereka yang mempunyai keterangan berkaitan jenayah sebegini boleh menghubungi talian 'hotline' polis di 1800-255-0000 atau mengirim dalam talian pada laman iWitness atau https://www.police.gov.sg/iwitness



Orang ramai juga boleh mengunjungi laman 'Scam Alert' (https://www.scamalert.sg/fight) atau hubungi Talian 'Hotline Anti-Penipuan' di 1800-722-6688. - The Sunday Times



 



 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >