Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tanpa rumah dipenjara kerana menari bogel sambil bakar barang di Geylang

Jun 09, 2021 | 07:14 PM



SEORANG wanita yang menari dalam keadaan bogel sambil membakar barangan di lorong sekitar Geylang dipenjara empat bulan dan enam minggu pada Rabu (9 Jun).



Norazidah Mohamed Zain, 33 tahun, yang tiada tempat berteduh ketika itu juga mengaku meninggalkan barangan yang mencurigakan di Kompleks Polis Cantonment dengan mengetahui ia boleh menimbulkan rasa cemas.



Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan setiap satu dalam membuat kacau dengan menggunakan api, menari dalam keadaan bogel di tempat awam dan meletakkan barangan yang boleh mencetus rasa takut ia membawa bahaya.



Satu lagi tuduhan membuat kacau dengan menggunakan api dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada pagi 18 Februari, Norazidah menipu bagi membolehkannya masuk ke dalam Kompleks Polis Cantonment dan meninggalkan kotak putih berisi pembesar suara Bluetooth, kekotak TV, dua alat kawalan jauh, dua wayar pengecas, paket merah berisi beberapa kepingan kertas, tangkal kuning dan kerongsang di tingkat dua kompleks itu.



Dia meninggalkan kompleks itu sekitar 9 pagi.



Sekitar 4 petang, seorang pegawai polis menemui objek yang dibalut dengan beg jingga. Dalam keadaan cemas, beliau menghubungi pengawal keselamatan.



Selepas Norazidah ditangkap dan dipersoal akan perbuatannya itu, dia memberi bermacam alasan mengapa dia datang ke kompleks itu tetapi tidak mempunyai sebab yang munasabah mengapa dia meletakkan barangan-barangan itu di situ.



Pada 18 Mac sekitar 11.20 malam, dia dilihat menari dalam keadaan bogel sambil menabur serbuk daripada sebuah tin ke jalanan di lorong sekitar Lorong 20 Geylang. Dia juga membuang sampah dan tin dalam api yang menyala atas kotak besi.



Polis dihubungi dan mereka menemui barangan terbakar yang terdiri daripada tin bir dan lingkaran ubat nyamuk di atas kotak itu.



Timbalan Pendakwa Raya Susanna Yim menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman penjara selama enam bulan ke atas Norazidah dengan mengatakan si tertuduh ini mempunyai senarai kesalahan yang panjang pada masa silam seawal 2005. 



Kesalahan lamanya termasuk merusuh, bikin kacau, mengganggu ketenteraman, mencuri, menyebabkan kecoh di khalayak ramai, merusuh, membuat tindakan gopoh dan tipu helah kononnya ada bom di sesuatu lokasi.



Dalam rayuannya, Norazidah yang mengatakan dia mempunyai enam anak, memohon kepada mahkamah agar memberinya peluang untuk berubah.



Kerana kesalahan buat kacau dengan api, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.



Kerana tampil dalam keadaan bogel di ruang awam, dia boleh dipenjara hingga tiga bulan atau didenda hingga $2,000 atau kedua-duanya sekali.



Kerana meletakkan barang yang mencurigakan, dia boleh dipenjara hingga enam bulan atau didenda hingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >