Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita terima surat CPF untuk keluarkan baki wang 31 tahun selepas ibunya meninggal dunia

Oct 20, 2018 | 07:19 PM



SEORANG wanita menerima surat dari Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang memberitahu beliau bahawa masih terdapat wang dalam akaun arwah ibunya- 31 tahun selepas ibunya meninggal dunia. 



Lembaga CPF menyatakan dalam surat kepada Cik Rahayu Mazlan bahawa sebagai sebahagian daripada “semakan kerap” mereka, ia telah menemui baki wang dalam akaun arwah ibunya. 



Cik Rahayu enggan mendedahkan jumlah wang tersebut. 



Beliau telah menerima wang dari CPF selepas ibunya meninggal dunia pada 1987. 



Surat tersebut kemudiannya meminta beliau memenuhi borang yang harus dikembalikan paling lambat pada 5 November supaya baki wang dapat dikeluarkan. 



Memberikan respons kepada akhbar The Straits Times, jurucakap Lembaga CPF berkata bahawa semua wang CPF arwah telah diagihkan dalam masa dua bulan pada 1987 kecuali sedikit baki yang ditahan untuk satu transaksi perumahan. 



“Jumlah wang tersebut terus menarik faedah sehingga ia dipotong beberapa bulan selepas untuk  transaksi tersebut. 



“Faedah terus dikumpul sehingga kurang $2 dan tidak dikeluarkan sehingga sekarang,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >