Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tidak pakai pelitup berulang kali ditahan reman di IMH, ujian psikiatri

May 26, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang didakwa kerana tidak memakai pelitup di tempat awam telah dikenakan lebih banyak tuduhan semalam kerana melanggar peraturan Covid-19, dan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemerhatian psikiatri.



Phoon Chiu Yoke, 53 tahun, telah dikenakan lima tuduhan kerana melanggar peraturan Covid-19 dengan tidak memakai pelitup dan tuduhan keenam kerana mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan apabila dia mempunyai sebab untuk mengesyaki dirinya pembawa virus Covid-19 pada Jun tahun lalu.



Menurut kertas pertuduhan, Phoon telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di Hotel Marina Bay Sands pada 28 Jun tahun lalu apabila dia keluar dari biliknya dan berlegar-legar di beberapa kawasan di hotel itu.



Dia juga dituduh tidak memakai pelitup apabila di hotel tersebut.



Pada 2 Disember tahun lalu, dia didakwa gagal mengenakan pelitup semasa di Clarke Quay Central, menurut kertas pertuduhan.



Pada 15 Mei tahun ini, dia tidak memakai pelitup di Marina Bay Sands dan didakwa mengulangi tindakan itu di Bras Basah Complex tiga hari kemudian.



Tuduhan terkini yang diterima Phoon ialah dia gagal untuk memakai pelitup di luar Mahkamah Negara pada 24 Mei, di mana dia mempunyai perbicaraan yang telah dijadualkan kerana tidak memakai pelitup di sebuah pusat penjaja tahun lalu.



Pihak pendakwa raya semalam menggesa agar Phoon ditahan reman di IMH selama dua minggu.



Phoon yang tidak diwakili dan hadir melalui pautan video dari tempat di mana dia ditahan reman, meminta agar dia diberikan ikat jamin.



"Saya seorang profesional," katanya. "Saya seorang bekas pegawai angkatan laut dan saya mempunyai kelakuan yang baik dalam sejarah saya.



"Saya mempunyai tempat tinggal di Singapura dan saya tidak melihat sebab mengapa saya perlu ditahan reman."



Hakim Daerah Adam Nakhoda menjawab bahawa pegawai yang menyiasat telah membentangkan laporan yang menyatakan bahawa Phoon telah banyak kali tidak mematuhi peraturan untuk memakai pelitup di tempat awam.



Apabila ditanya apa yang ingin dia katakan berhubung perkara itu, Phoon menjawab:



"Yang Berhormat, saya tidak begitu tahu tentang (peraturan) baru ini yang memerlukan saya memakai pelitup."



Menurutnya, dia telah pulang dari Scotland untuk cuti selama enam hingga tujuh minggu sekitar 24 Jun tahun lalu, dan tidak pernah mendengar peraturan untuk memakai pelitup.



Phoon telah ditangkap semalam, sehari selepas dia tiba di luar Mahkamah Negara bagi perbicaraannya tanpa mengenakan sebarang pelitup.



Dia hanya memakainya selepas disuruh oleh seorang pegawai keselamatan.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Phoon telah tiba di Singapura dari United Kingdom pada 28 Jun tahun lalu.



Jika tidak memakai pelitup atau tidak memakainya dengan betul di tempat awam, dia boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Jika didapati gagal mematuhi peraturan SHN, dia boleh didenda serupa, satu denda sehingga $10,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.



"Orang awam dinasihati untuk mengambil serius langkah jarak selamat," kata polis dan ICA sambil menambah bahawa orang ramai harus mematuhi duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan serta mematuhi arahan yang diberi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >