Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tidak pakai pelitup di beberapa tempat ditangkap, berdepan dengan lebih tuduhan termasuk langgar SHN

May 25, 2021 | 06:38 PM



WANITA yang dilihat dalam video tular dalam keadaan enggan menggunakan pelitup di Marina Bay Sands pada 15 Mei lalu ditangkap pada Selasa (25 Mei) dan diserahkan dengan lima tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) di atas kesalahan yang sama.



Sebelum ini, Phoon Chiu Yoke, 53 tahun, sudah berdepan dengan satu tuduhan di bawah Akta yang sama.



Warga Singapura ini juga didakwa di atas satu tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit pada Selasa.



Dia dikatakan gagal menggunakan pelitup bagi menutup hidung dan mulutnya "setiap masa" di Pusat Makanan Newton antara 7.20 malam dan 8 malam pada 8 Mei tahun lalu.



Wanita itu kemudian meninggalkan Singapura bagi kunjungi Britain tidak lama selepas itu.



Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dia pulang ke Singapura pada 28 Jun tahun lalu.



Phoon kemudian menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari dari hari dia pulang hingga 12 Julai tahun lalu.



Pihak mahkamah juga mendengar bahawa dia dikatakan meninggalkan biliknya di MBS antara 8.07 malam hingga 8.23 malam pada 28 Jun tahun lalu.



Dia berlegar-legar di beberapa tempat di hotel itu. Phoon kemudian didakwa gagal menggunakan pelitup ketika itu.



Menyusuli kejadian itu, Phoon didapati tidak menggunakan pelitup dalam beberapa peristiwa antara 2 Disember tahun lalu dengan 24 Mei tahun ini.



Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di MBS, di luar bangunan Mahkamah Negara serta dua pusat beli-belah, Clarke Quay Central dan Bras Basah Complex.



Menurut kenyataan itu, polis mewawancara Phoon pada 14 Mei tetapi dia dikatakan melakukan kesalahan lagi sembilan hari selepas meninggalkan Mahkamah Negara.



Kata dua agensi itu: "Peri laku sedemikian membawa risiko buat kesihatan awam melihat pada keadaan Covid-19 ini."



Pada Selasa, Phoon yang tidak diwakili peguam, memberitahu Hakim Daerah Adam Nakhoda dia merupakan bekas pegawai tentera laut dan pelanggaran undang-undang yang dibuat bukan dilakukan secara sengaja.



Katanya, dia tidak tahu tentang undang-undang menggunakan pelitup dan menambah dia cuba ikuti undang-undang itu tetapi merasakannya ganjil.



Dia juga menyatakan dia sama ada terlupa membawa pelitup atau terlupa memakainya.



Phoon akan ditahan di Institut Kesihatan Mental bagi pemerhatian psikiatrik. Kesnya telah ditangguh hingga 8 Jun.



Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh didenda hingga setahun dan denda hingga $20,000.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >