Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tidak pakai pelitup di MBS hadapi lebih banyak tuduhan

Jun 15, 2021 | 04:55 PM



LEBIH banyak tuduhan, termasuk yang melibatkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, dijangka dikemukakan ke atas Phoon Chiu Yoke, wanita yang ditangkap kerana enggan memakai pelitup di Marina Bay Sands (MBS) semasa pandemik Covid-19.



Pendakwa memberitahu tentang tuduhan tambahan pada Selasa (15 Jun) dalam meminta penangguhan tiga minggu.



Perincian mengenai tuduhan tambahan itu tidak disebutkan di mahkamah.



Phoon, 53 tahun, kini menghadapi tujuh tuduhan atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai pelitup di tempat awam seperti MBS, Bras Basah Complex dan di luar bangunan Mahkamah Negara.



Warga Singapura itu, yang tidak diwakilil peguam, memberitahu Hakim Daerah Janet Wang bahawa dia ingin memohon agar tuduhan itu digugurkan.



Menekankan bahawa dia merupakan bekas pegawai tentera laut, Phoon berkata dia pernah menjadi "saksi atau plaintif" dalam kes-kes sebelum ini yang berkaitan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan sukar baginya melalui perbicaraan adil akibat kes-kes ini.



"Saya tidak boleh membincangkan kes-kes ini di mahkamah tanpa memalukan atau prejudis terhadap SAF atau pemerintah Singapura... saya mohon agar semua tuduhan ini digugurkan.



"Disebabkan semua kes-kes dahulu, saya patut diberikan kekebalan sebagai warga negara," katanya.



Hakim Wang mengatakan bahawa kes-kes sebelum ini tiada kaitan dengan tuduhannya sekarang.



Pada perbicaraan sebelumnya pada 25 Mei, mahkamah memerintahkan agar Phoon direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu untuk penilaian psikiatri.



Dia sebelum ini didapati gagal memakai pelitup pada beberapa ketika antara 2 Disember tahun lalu dengan 24 Mei 2021. Phoon ditangkap pada 25 Mei lalu.



Kesnya ditangguhkan hingga 6 Julai. Dia dibebaskan dengan ikat jamin $8,000. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >