Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Wanita tolak anak autistik dari tingkat sembilan dijel lima tahun

Mar 18, 2016 | 02:43 PM



SEORANG wanita menolak anaknya berusia tujuh tahun yang autistik keluar dari tingkap dapur flat mereka di tingkat sembilan di Tampines, dek berasa anak itu punca keletihan dan masalah rumah tangganya.

Pada Jumaat (18 Mac), wanita berusia 43 tahun itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh anak bongsunya pada September 2014, sehari sebelum ulang tahun ke-42nya.

Perintah agar nama kanak-kanak itu tidak disiarkan dibuat oleh Hakim Daerah Mei Mesenas pada September 2014 apabila wanita tersebut, pengasuh utama budak itu, didakwa.

Mahkamah Tinggi diberitahu pada Jumaat bahawa wanita itu, yang mempunyai rekod Institut Kesihatan Mental sejak 2008, mengalami semula gangguan kemurungan serius.

Suami dan seorang lagi anaknya, yang menulis surat merayu hukuman ringan, tidak hadir di mahkamah.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Tay Yong Kwang berkata "jauh daripada marah" pada dia, suami dan anaknya rindu menanti dia kembali kepada keluarga.

Beliau mengambil kira hakikat keadaannya bertambah baik semasa dalam tahanan, risiko rendah dia mengulangi kesalahannya, dan dia sedia mengakui bersalah.

"Saya berharap awak pulih dengan baik dan awak boleh pulang ke rumah dengan emosi lebih kuat untuk membina semula keluarga dan kehidupan peribadi awak," kata Hakim Tay.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu, seorang pengurus pendidikan di sebuah syarikat kosmetik, bangun pada 4.30 pagi pada 13 Sep 2014 untuk melakukan kerja rumah.

Dia dan suaminya sedang perang dingin dan ia memuncak apabila dia menjerit kepada suaminya supaya membawa masuk pakaian kerana hujan. Suaminya melemparkan galah jemuran ke lantai lalu meninggalkan rumah bersama anak sulung mereka.

Wanita itu kemudian membersihkan anak bungsunya, yang buang air besar dalam seluarnya, dan berihat.

Selepas itu, dia berasa anaknya punca keletihan dan masalahnya dan memutuskan membunuhnya. Dia memujuk budak lelaki itu berdiri di atas bangku dekat tingkap dapur dan menyuruhnya melihat ke bawah untuk mencari neneknya.

Apabila anaknya berbuat demikian, dia memegang betis anaknya dan menolak dia keluar.

Kanak-kanak itu mati akibat pelbagai kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >