Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tua jatuh apabila pemandu bas tutup pintu sebelum beliau keluar sepenuhnya

Nov 11, 2021 | 10:40 PM



SEORANG pemandu bas menutup pintu bas sebelum seorang wanita tua sempat keluar sepenuhnya, mengakibatkannya jatuh di pusat pertukaran bas Hougang.



Kejadian itu dipercayai berlaku pada sekitar 2.40 tengah hari pada Selasa (9 Nov).



Video selama seminit kejadian itu dikongsi di media sosial pada Khamis (11 Nov).



Menurut The Straits Times, wanita tua itu mengalami kesukaran turun daripada bas apabila pintu bas ditutup, menyebabkannya jatuh di jurang antara bas dan platform pertukaran bas.



Pemandu bas lain kemudian dilihat bergegas membantunya.



Naib Presiden Kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, menegaskan tindakan pemandu bas itu tidak boleh diterima dan berkata, tindakan disiplin tegas telah diambil ke atasnya.



"Nasib baik wanita itu tidak cedera parah dan menerima rawatan pesakit luar di hospital.



"Kami telah mengambil tindakan disiplin tegas ke atas pemandu bas itu dan akan memantau prestasinya dengan rapat," kata Cik Tan.



Beliau menambah SBS Transit sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menghulurkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >