Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Wanita warga S’pura 63 tahun antara 11 kes import baru S’pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita warga S’pura 63 tahun antara 11 kes import baru S’pura

Feb 18, 2021 | 10:53 PM

ANTARA 11 kes import yang dilaporkan pada Khamis (18 Feb) termasuk seorang warga Singapura dan seorang penduduk tetap yang kembali ke Singapura dari Bangladesh dan United Kingdom.

Warga Singapura itu wanita berusia 63 tahun yang pulang dari Britain. 

Dalam kenyataannya Khamis malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata semua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Tiada kes masyarakat yang dikesan.

Kes import lain termasuk seorang pemegang pas kerja dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan tujuh pemegang permit kerja dari India, Indonesia dan Filipina.

Lima daripada pemegang permit kerja itu merupakan pembantu rumah asing.

Satu lagi kes melibatkan pemegang pas pelajar yang tiba dari Italy untuk belajar di Singapura.

Menurut MOH, empat daripada 11 kes import itu tiba di Singapura sebelum ujian serologi diwajibkan sebaik tiba di Singapura, dan enam daripada mereka tidak perlu melalui ujian ini semasa mereka tiba.

Sementara itu, lagi tiga pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 59,679 pesakit telah pulih sejauh ini.

Sebanyak 20 kes pula masih dirawat di hospital dengan satu dalam keadaan kritikal.

Lagi 104 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Seramai 29 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 sejauh ini. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3